الاثنين، 11 مايو 2009

hujan arab dan hujan melayu


ni adalah beberapa pengamatan yang tak tersengaja perasan, beza antara pemhaman dan penggunaan prkataan antara orang Melayu dan Arab...

1. hujan.

orang arab selalu menggunakan 'hujan' untuk menyatakn sesuatu yang baik dan positif seperti yang sering digunakan dalam majaz mursal :

وأنزل الله من السماء ماء

"ماء" disini bermaksud مطر yakni hujan...dan hujan disini merujuk kepada rahmat dan rezeki yang melimpah ruah..


akan tetapi orang melayu, sering menggunakn hujan sebagai suatu cara untuk menyatakan kesedihan, kekecewaan dan perkara negatif yang lain...

sebagai contoh peribahasa yang amat popular :

"kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari"

"hujan" di sini sebagaimana yang kita sedia maklum merujuk kepada sesuatu yang tidak baik...

disebabkan perbezaan budaya dan kefahaman antara 2 bangsa ini, maka peribahasa di atas amatlah tidak sesuai untukl diterjemah harfiyyah seperti mana berikut :

ظننت النهار سوف يدوم إلى المساء، ينزل المطر في وسطه

ini kerana orang Arab tidak akan faham apa yang dimaksudkan..kerana bagi mereka hujan itu adan rahmat, dan panas itu sesuatu yang tidak baik pada pandangan mereka..

oleh itu, terdapat serangkat bait syair arab yang dikira sepadan dengan maksud peribahasa di atas :

ليس كل ما يتمناه المرء يدركه # تأتي الرياح بما لا تشتهي السفن




0 التعليقات: