الثلاثاء، 31 مارس، 2009

gEmbIrA

hahaha

seronok pulak hati ni

banyak benda yg buat aku gembira 2-3 menjak ni...hehe

kawan2 sekeliling, benda2 mendatang, dll.

ape2 pun aku bersyukur, kerna dikurnia kegembiraan.

walaupun aku sedar, ianya pinjaman yang sementara.

tadi baru habis class terakhir sem ini, class ganti Soca 5.30-7pm.

tapi saimen princple ni lum siap lagi.huhu

pas makan malam(pas isyak) tadi aku terus seperti pas makan ubat tidur, terus terlena selena2nya.hua3

dalam 10.30mlm mak aku tepon, cite tentang laptop kat umah yang rosak, aku dgr tak dgr je,lalok dah.sori mak.

pastu terus terlena...dalam kul 3pagi aku terbangun, ada msg (diterima jam1.49am), dari kawan, dia tulis:"tadi kite nak bagitau yang supervisor kite tak mau cakap ngan kite. hu, k, bye2)...aku blur...dia ada call aku ke tadi?. aku cek senarai panggilan yang diterima, eh ada!!!, aku jawab panggilan kawan aku kul 11.25pm. aku betul2 tak ingat aku ada bual ngan dia...sape yang angkat panggilan tadi? atau aku bercakap ngan dia dalam tidur???huhu.

huhu, tak tau nape letih sgt. pas minumkoko radix dan dgr lagu "permintaan hati-letto", aku kembali bersemangat untuk siapkan saimen ini...huhu

ini lah aku yang tak pernah insaf. asik wat saimen satu malam je.huhuhuhuh.

seperkara yang masih membelengu aku sekarang...samada nak buat practical atau tidak short sem kali ini. kata hati ini nak berehat saja di rumah, tapi ALA tidak akan aku abaikan begitu saja, aku akan ambil tahu, sekali sekala akan datang UIA untuk bersamanya.

kene buat istikharah ni..

Ya ALlah, tunjukkan la aku jalan yang terbaik untuk, sesungguhnya kau lah yang Maha Mengetahui...Ameen..

الاثنين، 30 مارس، 2009

kasih sayang

Kasih sayang

Terlalu indah untuk dikenal

Selamanya

Takkan pernah ku buang


Kasih sayang

Tiada pernah kenal usia

Tua muda

Akan menikmatinya


Namun jangan engkau lupa

Akan akibat masa nanti

Engkau akan menderita

Kerena terlena rasa cinta


Kasih sayang

Terlalu pahit dan menyakitkan

Dan membuat

Remaja patah hati

terima kasih

terima kasih

kerna sudi bertanya padaku

walau sekelumit soalan


terima kasih

kerana menyedari kewujudan

diri ini.


terima kasih

kerna mengembirakan

hati ini.


jangan berasa pelik

pada apa yang kita tidak fahami


terima kasih

kerna peduli

kerna ambil berat

akan diri ini


juga, maaf

kerna ego diri ini.



الأحد، 29 مارس، 2009

HiKmAh

قال النابغة في الاعتذار :

لَئِنْ كُنْتَ قَدْ بُلِّغْتَ عَنِّي خِيَانَةْ # لَمُبْلِغُكَ الوَاشِي أَغَشُ وَأَكْذَبُ
وَلَكِنَّنِي كُنْـتُ امْرَأً لِيَ جَانَبٌ # مِنَ الأَرْضِ فِيْهِ مُسْتَرَادٌ وَمَذْهَبُ


وأَنشَدَ كعب بن زهير بيتا في فصيدنع "االبردة" :

لا تأخُذَنِّي بِأَقْوالِ الوِشاةِ ولمْ أذْنِبْ # وَإِنْ كَثُرَتْ فِيَّ الأَقَاوِيلُ


رُوِيَ عن أبي ذئيب بيتا من قصيدته في رثاء أبنائه :

وَتَجَلُّدِي لِلشَّامِتِيْنَ أُرِيهُمُ # وِإِنِّي لِرَيْبِ الدِّهْرِ لا أتَضَعْضَعُ


واختتم ببيت ألقاه لبيد بن أبي ربيعة في الحكمة :

أَرَى النَّاسَ لا يَدْرُونَ ما قَدْرُ أْمْرِهِمْ # بَلَى كُلُّ ذِي لُبٍّ إِلى اللهِ وَاسِلُ

السبت، 28 مارس، 2009

taubat

SETIAP manusia tidak sunyi daripada melakukan kesilapan, kecuali kalangan nabi dan rasul. Tetapi sebaik-baik manusia ialah mereka yang bertaubat, dengan menyesali atas kesilapannya dan tidak mengulanginya lagi.


Taubat adalah satu keistimewaan bagi umat Islam dan ia seharusnya dimanfaatkan dengan penuh keikhlasan, bukannya disalah guna dengan alasan untuk melakukan seberapa banyak dosa.


"Dan mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya Ia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (al-Muzammil:20)

Taubat bermaksud kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat tertentu. Antara syaratnya ialah:

  • Meninggalkan maksiat atau perkara dosa yang dilakukan.

  • Menyesal atas segala perkara dosa yang dilakukan.

  • Berazam tidak akan mengulanginya lagi.

  • Mengembalikan hak makhluk yang dizalimi.

  • Mengerjakan ibadat fardu yang ditinggalkan selama melakukan dosa.

    Orang yang bertaubat sudah tentu mendapat beberapa kelebihan, berbanding mereka yang belum bertaubat. Antara kelebihan itu ialah:

  • Dekat diri kepada Allah.

  • Takwanya semakin meningkat.

  • Mendapat kemuliaan dan anugerah Allah di dalam kehidupan dunia dan akhirat.

  • Membersihkan kekotoran di dalam hati.

  • Menenangkan jiwa yang resah kerana dosa.

  • Menghapuskan tipu daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia dengan melakukan perkara dosa.

  • Dapat mengekalkan hubungan yang baik sesama manusia.
  • الجمعة، 27 مارس، 2009

    =)

    alhamduliLlah..

    dah selesai satu paper final exam - sc. of ma'ani-

    sekarang kepala pusing sangat, mata berpinar2 je pandang skrin komputer ni.

    semalam kurang tidur akibat study last minute untuk final exam pagi tadi.. sempat la tidur kurang 2 jam.

    minggu ni pun banyak tugasan dilangsaikan. memang takde lapang langsung..tiap2 hari ada je benda nak siapkan / uruskan..saimen-taqdim-wajibat-midterm-dll.

    khamis malam baru sempat bace untuk ma'ani. berbekal kurang 12jam mengulangkaji untuk final, tu je la yang terbaik mampu untuk aku curahkan kat exam paper pagi tadi... ape pun resultnya nanti aku terima dengan puas.

    pas exam terus g balik bilik dan makan. wlwpun takde selera nak makan. dapat jamah sikt je. aku paksa juga menelan makanan tu, sebelum aku jatuh sakit. dengan bebanan minggu ni aku dah rasa kurang sihat. kalau tak makan lagi teruk. aku mesti jaga kesihatan di ambang final ni. aku taknak peristiwa 2tahun lalu berulang menyebabkan aku terlepas duduk final 2 paper untuk short sem. aku dah dapat 'signal' sakit singgah semula, tapi selepas 'tindakan' segera diambil ia menjadi 'jernih' kembali... jadi aku mesti kurangkan tekanan dan jaga kesihatan-cukup tidur+makan-. mak aku mesti risau kalau tau aku tak sihat. act aku ok je.alhamdulillah. masih boleh bertahan.

    khutbah jumaat tadi agak menarik. dah macam presentation kat kelas pun ada, sebab khatib guna LCD pancar slide. pastu hurai main bantai je..agak nak tergelak jugak la dengar khutbah tadi..kah3..

    pas jumaat ada ilqak syair. kepala aku yang masih berat, tak cukup tidur ilqak syair kat HS square sampai terlupe2 pangkal bait. rosak performance aku.huhu, dekat 3.30tiba ramai2 'pembesar' IRKHS -dean, DD, head2 dept dll officer2 kullyah- datang tempat ktorang taqdim, ingatkan ustazah jemput diorang datang sertai ilqak kitoran, wat gempak je, rupanya mereka nak bergambar beramai2 kat tepi sungai tu.huhu.

    papepun dah lega sebab dah selesai exam hafazan syair. asik tunda je, terseksa juga jiwa bila ditunda je sebab dah masuk minggu final exam ni. orang nak bace untuk final dah tergangu. dulu mintak2 ditunda, sekarang sampai final baru dapat wat exam hafazan, amek kau..ha3

    petang pas asar, meeting tergempar bersama penasihat nadi yang paling comel dan terbaik antara yang terbaik. kat meeting tadi cume bincangkan perkara yang amat2 penting je. walaupun agak lalok masa meeting tadi, lega rasa lepas mendapat 'penyelesaian' sebagai ubat penenang. he2..segala yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. ALlah Maha Mengetahui.

    kul 6 habes meeting aku terus bergegas ke tempat keje, sebab dh janji ngan kawan nak ganti dia petang ni, sebab selasa lepas aku dah mintak dia tolong ganti aku keje lantaran byk tugasan.

    jadi, aku sekarang kat ofis. nak bace buku kepala pusing, tak leh masuk, maka nya aku pun merapu2 di sini.ha3

    di hadapanku sekarang timbunan tugasan yang belum siap..tapi ia sedikit pun tak mematahkah semangatku. he3.
    bak kata dia "chaiyok2!", dan katanya lagi "tiada tangisan lagii"...???hahaha

    الأحد، 22 مارس، 2009

    hepi besday

    pengumuman!!!

    semalam ahad 22 mac bersamaan 25 rabiul Awwal
    adalah hari lahir aku..

    takde sape yang ingat kecuali ibuku tercinta.

    sayang mak..=)

    الأربعاء، 18 مارس، 2009

    save semula

    cukup la rasanya.

    tidak perlu lebih lama ditahan lagi.

    selepas tiga minggu kecuali sehari.

    segala puji hanya padaNYa.

    الاثنين، 16 مارس، 2009

    Ya Rabbana


    Wahai Tuhan kami, kami akui - bahawa kami berdosa - dan kami melampau - (hingga) kami dekat dengan nyalaan neraka

    Maka terimalah taubat kami - yang membasuh setiap satu dosa - dan tutuplah aurat kami - dan tenangkanlah ketakutan kami

    Dan ampunkanlah kedua ibu bapa kami - wahai Tuhan! dan anak-anak kami - juga kaum keluarga kami dan rakan-rakan - juga semua kawan

    Serta semua yang mempunyai rasa kasih (kepada kami) - dan jiran dan teman - juga umat Islam seluruhnya - perkenankanlah, Tuhan! Dengarlah!

    Sebagai kelebihan, murah hati-Mu dan pemberian-Mu - bukan kerana usaha kami - dengan (berkat) Rasul (Muhammad) - kami capai segala permintaan

    Selawat dan Salam dari Tuhanku - ke atas Baginda sebanyak bilangan bijian (di dunia) - juga ke atas kaum keluarga Baginda dan Sahabat - sejumlah (titis) hujan dari awan-awan

    Dan segala puji bagi Tuhan - dari mula hingga ke akhirny
    a.

    السبت، 14 مارس، 2009

    LiDaH

    Berkatalah yang baik-baik sahaja


    Hasan al-Banna berwasiat, jika kita ingin berbicara, maka pastikanlah bahawa isi dan inti percakapan itu cuma yang sarat terisi dengan kalimah yang baik-baik sahaja, menyeru ke arah kebaikan dan mengajak orang-ramai meninggalkan segala yang merosakkan amalan, fikiran dan jiwa dan anggota tubuh badan.

    Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, ".. sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka katakanlah hal-hal yang baik atau lebih baik diam sahaja." Apabila seseorang itu berdiam, dia akan terus-menerus berzikir, berwirid. Semua ini menunjukkan bahawa waktu seseorang Muslim itu sangat berharga dan setiap masa yang berlalu tidak digunakan ke arah yang tidak berfaedah.

    Apabila berbicara, mereka mengungkapkan hal-hal yang baik-baik. Jika berdiam diri, mereka akan berzikir secara rahsia. _

    الثلاثاء، 10 مارس، 2009

    kerak tekik

    sungguh kurang manis gambar di bawah ini

    hahaha

    tapi boleh la diambil peringatan, hati2








    الثلاثاء، 3 مارس، 2009

    jEwEl



    EQ (emotional Quotient) merupakan faktor penting dalam kecerdasan manusia.

    EQ boleh dibahagikan kepeda empat kategori (Shaker-Jewel-Flower-Stream).

    selepas dilaksanakan ujian ke atas diri natijahnya saya dalam kategori Jewel (secondry Shaker).


    JENIS2 EQ :

    1. SHAKER (KEKUATAN : SEMANGAT)

    SIKAP POSITIF :


    Kuat Semangat
    Tinggi keyakinan diri
    Boleh memotivasi orang
    Ada ciri2 pemimpin
    Peka pada keadaan
    Boleh membaca suasana
    Kreatif
    holistik

    SIKAP NEGATIF :

    Lemah semangat
    Mudah putus asa
    Murung
    Sering bimbang
    Degil
    Mudah terpengaruh


    2. JEWEL (KEKUATAN : MINDA)

    SIKAP POSITIF

    : Kuat aya ingatan
    Konsentrasi tinggi
    Kerja dengan perancangan Sistematik
    Kuat berfikir
    Objektif
    Pemikiran kritis
    Disiplin mental yang tinggi
    Penganalisa yang baik
    Terperinci
    Kemas
    Suka bertanya

    SIKAP NEGATIF :

    Pelupa
    Hilang daya tumpuan
    Keliru
    Malas berfikir
    Lembab
    Suka komen

    3. FLOWER (KEKUATAN : EMOSI)

    SIKAP POSITIF

    Penyayang
    Periang
    Berfikiran terbuka
    Memahami perasaan orang
    Bertimbang rasa
    Kreatif
    Berimaginasi Ingatan jangka pendek

    SIKAP NEGATIF

    Suka merajuk
    Pemarah
    Sensitif
    Serius
    Suka membenci
    Mudah sedih
    Iri hati

    4. STREAM (KEKUATAN : FIZIKAL)

    SIKAP POSITIF

    Tubuh yang kuat/bertenaga
    Agresif
    Mampu buat kerja berat
    Bertanggungjawab
    Kemas
    Tumpuan
    Terperinci
    Logic
    Minat bersukan

    SIKAP NEGATIF

    Fizikal lemah
    Malas
    Pentingkan diri
    Keras hati
    berfiiran sempit
    Ego


    الأحد، 1 مارس، 2009

    nGaNtUk

    sendirian di OR, menyiapkan assignment Ma'ani. seronok jugak. sambil koleksi lagu nasyeed dimainkan, lama dah tak dengar nasyed.

    kalau terasa lapar, makan kerepek/roti/biskut/dan byk lagi...haus boleh minum, mcm2 ada.

    sesekali mesej tiba, ada juga yang sudi teman-buat assignment-pagi2 buta ni, walaupun dari jauh. =)...kehadirannya sungguh bermakna.hi3

    sok pagi kene g keje lak. tadi pagi dah kene ganti kawan keje, sebab dia balik kg. siap la nanti aku balik kg, dia pulak kene ganti aku keje...ha3x

    sebut pasal balik kg ni, tetibe tadi petang terasa nak balik kg minggu ni. dah lama rasa nak balik kg, tapi asik terpaksa tangguhkan je. kali ni aku nak balik gak..

    sori la byk2 kepada pihak yang berkenaan, hujung minggu ni ada pgrm sebenarnya..senin pun ada perarakan maulid. mintak maaf byk2 ye..

    sebenarnya aku tertekan dan letih sgt sepanjang sem ni..asik bekerja je tanpa henti. aku nak rasa "rehat" sekejap. aku tahu semua orang letih sgt, tak boleh la aku merungut sendirian..

    isnin dan selasa malam keje. ptg selasa nak g jelatek, khamis ada midterm sorf. midterm jahili tak tau lagi ble..dah la blur hafal syair. mantul2 ada la..hu2

    tambah teringat kat mak abah. minggu lepas mak dah call, mak cakap: abah tanya bila nak balik. kadang2 memikirkan, terasa bersalah bila dah lama tak balik kg.

    k,
    subuh pun dah nak masuk..nak sambung wat assignmet ni...kene submit isnin ni.