الثلاثاء، 30 ديسمبر، 2008

mOtiVasI DiRi

TIBA-TIBA aku berasa tidak bermaya sekali. Hidup terasa tiada erti. Semenjak semester lepas lagi aku dah hilang semangat nak study…selalu skip class tanpa rasa bersalah, lambat buat assingment (tapi submit still on time-cume hasil kurang memuaskan la), tak wat revision, discussion. Kuiz dan midterm pun tak prepare awal…senang cakap dah takde motivasi la. Bila aku imbau kembali masa aku 1st year dulu, alangkah cemerlangnya aku..bukan result examnya tapi attitude (haha, koya je..aku memang suka perasan). Aku tak pernah ponteng kelas kecuali betul2 sakit dapat MC.

Apa yang perlu aku lakukan?. TIBA-TIBA(*sekali lagi) aku terbaca karangan DR HM TUAH Iskandar, "10 CARA MEMBINA MOTIVASI DIRI". Beliau tulis : " sebelum mengambil langkah, duduk sejenak, tarik nafas panjang dan lepaskan sekali gus. Pejamkan mata, beri salam kapada diri dan katakan,"Hai, engkau djadikan bukan untuk berkeluh kesah."
Kemudian bangkit dan cuba lakukan perkara-perkara berikut:

1) IMEJ dan PERSEKITARAN

Cuba lakukan sedikit perubahan. Kalau selama kita tidak peduli tentang pakaian yang dipakai, cuba kali ini mempelbagaikan warna dan jenis pakaian. Dalam kata lain ubah penampilan dari segala aspek termasuk lah gaya jalan, gaya rambut, tema dan lain-lain. Selain itu kita juga boleh mengubah persekitaran. Seperti ubah kedudukan perabot di bilik dan hias sedikit agar kelihatan lebih ceria.

* tu sebab kopiah aku dah terbang. Aku sengaja je tukar penampilan, lantak la orang nak kecam aku ke, kritik ke, cakap aku menghadapi kecelaruan penampilan ke, ada aku kesah?..kalau dulu, aku selalu pakai baju melayu berkopiah putih, sekarang selalu pakai t-shirt je. ada orang cakap dah jadi pres dah tak pakai kopiah, tapi tidak, aku sengaja hendak mencari secebis ruang ketenangan. nanti agak2 dah stabil, aku pakai kopiah semula la.kah3.

2) SENAMAN RINGAN

Tubuh yang letih dan tidak bermaya tidak dapat membina semangat yang membara. Sedikit gerakan tubuh dapat memulihkkannya. Tidak perlu kepada senaman berat kerana ia hanya akan lebih meletihkan badan dan perlu diingatkan, tidak semua orang sesuai melakukan senaman berat atas faktor kesihatan dan fizikal. Selain itu senaman minda juga dapat membantu, antaranya dengan bermain computer game, atau lebih santai seperti membaca, merenung, dan juga muhasabah.

* kalau naik LRT aku merenung ke luar dan berfikir. Ada masa aku jalan kaki ke kuliyah. Tapi aku takkan main bola. Tak reti.ha3.

3) SENYUM

Senyuman boleh mengubah segala-galanya. Dalam mood yang tidak baik, memang agak sukar hendak melakukan ini, tapi ingat jika anda senyum pulangannya serupa.

* aku cuba senyum, walaupun...hmm,bila senyum, kurang sikit tekanan, lega rasa.

4) BERFIKIRAN POSITIF

Berfikiran positif dapat membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, melahirkan idea2 positif, dan tindakan2 yang positif. Tindakan2 ini selalunya membuahkan kejayaan yang cemerlang.

*Lagi satu jangan suka buruk sangka, wat serabut kepala je...kalau selalu berbaik sangka hati pun tenang dan senang.

5) TIDUR YANG CUKUP

Runsing, serabut dll kadangkala disebabkan keletihan akibat kurang rehat. Berehatlah seenaknya dan jika perlu, tidur. Kita memang memerlukan TIDUR YANG BERKUALITI untuk mendapatkan kesegaran tubuh yang betul. Jika kita tidak mendapat tidur yang berkualiti, tubuh lesu, wajah kusam, dan minda terencat.

* ha, ni lagi betul, jadi sem ni aku akan memastikan aku cukup tidur supaya minda cerdas tubuh cergas. Tidur sebentar waktu tengahari terbukti secara saintifik memberi kesegaran di waktu petang, jadi amal2 kan la.

6) LUAHKAN PADA SESEORANG

Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana2 biasa pun anda memerlukan seorang sahabat. Seorang sahabat adalah seseorang yang sudi berkongsi masalah anda serta sentiasa teguh di sisi anda dikala suka dan duka. Walaupun kadang2 sahabat kita tidak dapat memberi penyelesaian tetapi sekurang-kurangnya kita akan berasa lebih lega bila sudah meluahkannya.

* Ini pun aku dah buat. Ternyata berkesan. Ketika aku berasa kurang stabil aku akan luahkan kepada sahabat. Samada lisan atau sms. Terasa lega bila dah kongsi keserabutan di kepala ini. Ada yang memberi nasihat dan dorongan membuatkan aku kembali lega. Jika kita pendam seorang diri, tekanan akan bertambah. Seorang sahabat tidak akan berkira dan terasa terbeban dengan masalah kita. Mereka akan berasa kehadirannya bermakna dan dirinya dihargai bila kita sudi meluahkan masalah kita padanya. Bukan senang hendak berkongsi masalah kepada seseorang kecuali kepada orang yang betul2 kita rapat dan percayai. dan aku, tiada orang yang sudi berkongsi masalah dengan aku, mungkin aku bukan seorang sahabat yang baik...huhu

7) CURAH DI ATAS KERTAS

Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala2nya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan ke sungai. Terasa lega?

* ni aku belum buat...takde sungai la. Parit ada la kat uia ni, tapi mencemarkan sistem perparitan uia pulak...

8) BERSEDIA UNTUK BERUBAH

Jangan teragak2 untuk melakukan perubahan. Bulatkan hati, kuatkan tekad, dan oraklah langkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Kejayaan selalunya berkait rapat dengan kesungguhan. Kesungguhan pula bermula daripada hati yang bulat dan tekad yang padu.

9) CARI KEGEMARAN BARU

Semuanya dalam hidup kita ada jangka hayatnya tersendiri. Hobi juga begitu. Apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran2 baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat apakah minat anda boleh tumbuh di sini. Begitu juga tidak salah memelihara hamster atau ikan hiasan, mana tahu ia boleh memberi ketenangan kepada diri anda.

* aku takde hobi dan kegemaran. Jadi tak perlu la cari kegemaran baru.Tapi aku rasa kalau lapang aku suka tgk citer jepun n korea(sungguh membuang masa). Tapi aku dah jarang sangat tgk citer jepun korea sebab selalu sibuk. Byk lg muvie kat external hardisk aku yang aku tak tgk lg.hihi.

10) BERTEGAS

Bertegas la dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu2 keputusan anda berpegang teguh pada keputusan itu. Apabila anda mengatakan pada diri sendiri untuk kembali ceria, bertegaslah untuk terus berkata begitu biarpun kadangkala perasaan anda seperti dibuai2 untuk mengatakan anda sedang bad mood sekarang.
Bertegas bukanlah bermakna tidak boleh memanjakan diri sendiri, sekadar seperti melayani diri seperti anda melayani tetamu. Pergilah ke tempat2 mewah dan berikan hadiah kepada diri sendiri.
Jika anda sendiri tidak selesa untuk menghormati diri anda, apakah wajar mengharap demikian daripada orang lain?


* betul tu. Kene bertegas. Jangan terlalu ikutkan perasaan, jangan selalu manjakan diri. Ianya hanya meletihkan diri, tanpa menghasilkan cetusan bernilai dan berkualiti.


sumber : MEMBINA JATIDIRI GEMILANG, Dr HM Tuah Iskandar, al-haj.


p/s : beberapa uslub tulisan telah diubah suai tanpa mengubah makna semantiknya.


السبت، 27 ديسمبر، 2008

Maal Hijrah 1430H

aku pun dah terkonfius mula2 tahun 1429 atau 1430..huhu, dah lama tak endahkan tahun hijrah...hoho...
dah lama tak update blog ni..sengaja je tak update.takde semangat , pemangkin atau rangsangan untuk update...lagipun tak tau nak tulis ape..takut merapu dan merepek je, takde pekdahnya..
si ZAr dah sound ni aku copy paste la entri di bawah ni (tak tau la aku copet mane benda ni dulu) sempena maal hijrah esok..kah3..selamat tahun baru semua...,

Hijrah kita
bukan hijrah naik unta,
mencari tempat selamat untuk menyembah Tuhan.
Tetapi hijrah kita hijrah hati
ubah sikap dan baiki diri...
Bukan tempat jadi halangan untuk besarkan Tuhan,
tapi hati yang belum tertempa untuk jinak
dan bermanja dengan Penciptanya.

Hijrah kita tanpa unta,
tanpa perlu berjalan di tengah panas membara,
tanpa perlu takut dikejar musuh durjana,
tapi... Hijrah dari alam gelap ke alam cahaya.
Alam leka ke alam jaga.
Dari fantasi ke alam realiti.
Inilah kehidupan yang sementara
sebelum kita hadir ke alam hakiki yang kekal abadi.

Hijrahlah kita dari sikap tidak baik
kepada sikap yang baik.
Kerana terlalu banyak sikap tak baik
yang kita masih jaga dengan baik.
Di pejabat...
suami/isteri orang pun kita buat macam suami/isteri sendiri
usik sana usik sini
dah tak rasa berdosa lagi
orang Kedah kata dah "mangli"
Sedangkan malaikat tetap tidak peduli
sentiasa mencatit segala amal diri
yang mulia atau keji...
dah tak ingat mati bila-bila boleh mari.
Hijrah ibarat berpindah ke rumah baru
Benda tak berguna jangan dibawa sama,
tinggalkan di tong sampah selayaknya.
Hanya yang baik-baik
dan yang berguna saja kita bawa.
Demikian penghijrahan diri yang sepatutnya.
sikap-sikap yang berserabut dan berdebu
buanglah jauh-jauh.
Suka merajuk, suka menunjuk, suka menyibuk,
suka menyampuk, suka mengamuk...
janganlah kita simpan lagi
perangai-perangai ini
macam memelihara barang antik
yang kita perasan cantik dan antik,
tapi orang lain rasa benci dan getik.
Mazmumah itu bagaikan penyakit kanser,
semakin dipendam semakin parah.
Kalau kita masih sayang
dan nak sehidup semati dengannya... apakan daya.
Tahun Baru Hijrah yang menjelma,
sambutlah dengan azam dan semangat baru...
dari yang tak baik berhijrahlah kepada yang baik.
Dari yang sudah baik, kepada yang lebih baik.
Minat mengumpul dan menyimpan sikap 'antik',
eloklah diganti dengan usaha memulihkan penyakit,
sebelum hijrah kita yang terakhir...
dari dunia yang fana' ini
ke Alam Baqa yang kekal abadi.
Waktu itu tiada "U-turn" untuk kita lagi!