السبت، 27 ديسمبر 2008

Maal Hijrah 1430H

aku pun dah terkonfius mula2 tahun 1429 atau 1430..huhu, dah lama tak endahkan tahun hijrah...hoho...
dah lama tak update blog ni..sengaja je tak update.takde semangat , pemangkin atau rangsangan untuk update...lagipun tak tau nak tulis ape..takut merapu dan merepek je, takde pekdahnya..
si ZAr dah sound ni aku copy paste la entri di bawah ni (tak tau la aku copet mane benda ni dulu) sempena maal hijrah esok..kah3..selamat tahun baru semua...,

Hijrah kita
bukan hijrah naik unta,
mencari tempat selamat untuk menyembah Tuhan.
Tetapi hijrah kita hijrah hati
ubah sikap dan baiki diri...
Bukan tempat jadi halangan untuk besarkan Tuhan,
tapi hati yang belum tertempa untuk jinak
dan bermanja dengan Penciptanya.

Hijrah kita tanpa unta,
tanpa perlu berjalan di tengah panas membara,
tanpa perlu takut dikejar musuh durjana,
tapi... Hijrah dari alam gelap ke alam cahaya.
Alam leka ke alam jaga.
Dari fantasi ke alam realiti.
Inilah kehidupan yang sementara
sebelum kita hadir ke alam hakiki yang kekal abadi.

Hijrahlah kita dari sikap tidak baik
kepada sikap yang baik.
Kerana terlalu banyak sikap tak baik
yang kita masih jaga dengan baik.
Di pejabat...
suami/isteri orang pun kita buat macam suami/isteri sendiri
usik sana usik sini
dah tak rasa berdosa lagi
orang Kedah kata dah "mangli"
Sedangkan malaikat tetap tidak peduli
sentiasa mencatit segala amal diri
yang mulia atau keji...
dah tak ingat mati bila-bila boleh mari.
Hijrah ibarat berpindah ke rumah baru
Benda tak berguna jangan dibawa sama,
tinggalkan di tong sampah selayaknya.
Hanya yang baik-baik
dan yang berguna saja kita bawa.
Demikian penghijrahan diri yang sepatutnya.
sikap-sikap yang berserabut dan berdebu
buanglah jauh-jauh.
Suka merajuk, suka menunjuk, suka menyibuk,
suka menyampuk, suka mengamuk...
janganlah kita simpan lagi
perangai-perangai ini
macam memelihara barang antik
yang kita perasan cantik dan antik,
tapi orang lain rasa benci dan getik.
Mazmumah itu bagaikan penyakit kanser,
semakin dipendam semakin parah.
Kalau kita masih sayang
dan nak sehidup semati dengannya... apakan daya.
Tahun Baru Hijrah yang menjelma,
sambutlah dengan azam dan semangat baru...
dari yang tak baik berhijrahlah kepada yang baik.
Dari yang sudah baik, kepada yang lebih baik.
Minat mengumpul dan menyimpan sikap 'antik',
eloklah diganti dengan usaha memulihkan penyakit,
sebelum hijrah kita yang terakhir...
dari dunia yang fana' ini
ke Alam Baqa yang kekal abadi.
Waktu itu tiada "U-turn" untuk kita lagi!

0 التعليقات: