الثلاثاء، 4 نوفمبر 2008

SOLAT JEMAAT, nilainya disisi masyrakat kita

Dewasa ini kita dapati ahli masyarakat kita sudah jauh daripada sifat berlumba-lumba menunaikaa tanggungjawab masyarakat. mereke lebih suka mementingkan diri sendiri. Ini jelas kelihatan terutamanya dalam urusan ukhrawi seperti solat jenazah, solat jemaah dan sebagainya.

Kita sedia maklum, hukum solat jemaah adalah fardhu kifayah, sehingga menyebabkan kita mengambil mudah dalam menunaikan tanggungjawab ini. Ramai yang berkata : "Cukuplah orang lain sahaja buat, aku tak payah". Ada juga yang berjenaka dengan berpantun ringkas "Fardu kifayah, orang buat aku tak payah". Namun demikian pendirian sebegini sebenarnya membawa kesan buruk yang amat mendalam terhadap perpaduan dan kekuatan umat Islam.

"Daripada Mas'ud r.a berkata : Rasulullah SAW pernah menyapu bahu2 kami semasa solat lalu bersabda : "Samakanlah barisan2 dan janganlah ada yang berselisih bahu(tidak sama) kerana perbuatan ini menyebabkan hati kamu semua berselisihan"..." {Hadis Riwayat Muslim}

Jelas daripada hadis di atas bahawa solat yang bengkang bengkok akan membawa perselisihan di daam masyarakat Islam. Inilah yang berlaku sakarang, kita dapati keadaan umat Islam sekarang amat menyedihkan, hidup dalam kehinaan, pecah belah, dan jauh dari rahmat Allah. Mereka bukan sahaja memutuskan atau membengkokkan Saf solat, bahkan mereka langsung tidak mewujudkan apa2 saf pun kerana mereka tidak menunaikan solat secara berjemaah.

Oleh itu, marilah kita sama2 berusaha mendirikan solat berjemaah dan menyeru sedaya mungkin rakan2 turut sama mengerjakannya. semoga bersatunya hati kita di atas dasar sebenar iaitu mencari keredaan ALlah. InshaALlah...

0 التعليقات: