الثلاثاء، 18 نوفمبر 2008

hEpI bEsDaY

Alhamdulillah, akhirnya tamat juga saya menjalani kursus MClead anjuran S-DEV selama seminggu(12-18 Nov 08) di Kuala Lipis, Pahang. Kursus 2 dalam 1 ini (MCLEAD + BTN kepimpinan mahasisiwa) amat bermanfaat bagi diri saya(tak tau la peserta yang lain macam mana) walaupun pada awalnya rasa tak seronok kerana MClead kali ini diselitkan dengan pengisian daripada BTN. Saya pernah menghadiri kursus BTN (asas mahasiswa) di Besut Tganu, dan ia amat mendukacitakan(bagi saya). Sedangkan BTN kali ini lain sungguh pendekatannya walaupun matlamat tetap sama (menyuntik semangat patrotisme), tidak terlalu condong ke satu2 fahaman bahkan lebih neutral sekadar menyatakan kebenaran.

Antara perkara yang menarik perhatian saya adalah permasalahan solat jamak & Qasar. Sedia maklum jarak Kuala Lipis-KL membolehkan rukhsah, tetapi timbul persoalan kerana tempoh kami berkursus selama 7 hari (1 hari di UIA, 6hari di K.Lipis). Ada mengatakan : Tidak boleh dilaksanakan JamakQasar jika berniat/sudah tahu yang kita akan tinggal di suatu tempat lebih daripada 3 hari(Mazhab Syafi'e). Sedangkan kursus ini selama 4 hari (1 hari perjalanan pergi dan 1 hari perjalanan pulang tidak dikira dalam musafir). Saya tidak berani mengupas perkara ini kerana amat cetek ilmu pengetahuan saya. Oleh itu mana2 pihak yang sudi merungkai permasalan ini disokong dalil dan keterangan amat dialukan.

Seperkara lagi dalam kursus kali ini adalah saya menyambut ulangtahun kelahiran saya (17 Nov) di dalam hutan kerana aktiviti pada malam itu adalah kembara merentasi hutan. Seakan-akan Rahmat tuhan, hujan renyai2 turun pada malam itu tetapi semangat kami tidak luntur untuk menjayakan aktiviti ini. Perjalanan yang dijangka selesai paling lambat pun 2jam setengah mengambil masa 4jam 10 minit(kumpulan saya la. ada kump lagi lambat antara 5-6jam) kerana faktor jalan yang licin dan bilangan ahli satu kumpulan (20 orang) yang terlalu ramai. Kumpulan saya dilepaskan pada jam 1:40am dan tiba 5:50am. Pada mula kembara memang semangat membara dan seronok, tetapi apabila sudah masuk jam 5pagi sedangkan kami belum sampai lagi, betul2 membuatkan kami gelisah kerana subuh hampir tiba. Yang lebih kami risaukan adalah 3 kumpulan di belakang kami. pastinya mereka akan lebih lewat lagi. Dalam keadaan hutan yang gelap gelita (tanpa cahaya bulan), jalan yang licin(sebab hujan), mengendung beg yang berat dan barang2 amanah(surat, 3belon air, panji), akar kayu yang besar, pohon yang rebah menghadang jalan, duri tajam dan banyak lagi, bentuk muka bumi yang betul2 curam+licin menyukarkan lagi perjalanan kami. Walaubagaimanapun saya tetap seronok. Sekali saya terpaut pada dahan berduri yang amat bisa menjadikan saya fobia untuk memegang mana2 dahan. Rakan2 sering kali terduduk jatuh kerana licin, ada yang kerap tersadung akar atau tunggul kerana gelap, tidak kurang yang tulang kering berlaga pohon tumbang. Walaubagaimanapun pengalaman ini amat bermakna bagi saya kerana ia berlaku pada malam ulang tahun kelahiran saya. Dan yang paling best sekali pihak UIA buat BBQ pada malam esoknya. Terasa macam sambutan besday pulak..hehehe. Pengalaman yang penuh cabaran lagi rintangan ini pastinya menuntut kekuatan dari segi mental dan fizikal dan spiritual.

0 التعليقات: