الاثنين، 3 أغسطس 2009

P U A S A

Saya menjangkakan ramai yang mengerti pengertian Puasa yang ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.. dan mungkin ada yang kurang mengerti..huhu

puasa terbahagi kepada wajib-sunat-makruh-haram, mengikut keadaan dan keraian.

PUASA WAJIB
# Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.

PUASA SUNAT
# Puasa enam hari pada bulan Syawal
# Puasa hari Arafah
# Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
# Puasa bulan Syaaban
# Puasa Isnin dan Khamis
# Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)
*** ESOK (SELASA / 04 OGOS 2009) BERSAMAAN 13 SYABAN..MARI KITA BERPUASA, MENYUCIKAN JIWA...=)

PUASA MAKRUH
# Puasa yang terus menerus sepanjang masa
# Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq

PUASA HARAM
# Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri
# Puasa pada hari raya pertama Haji
# Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.

saya adalah antara yang liat berpuasa sunat. seingatnya kali terakhir kali berpuasa sunat adalah puasa enam yang lepas..pastu dah tak ingat ada puasa lagi tak..kuang3

diolah daripada: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=3000.0

0 التعليقات: