الأحد، 30 أغسطس 2009

kepelikan ramadan

tengah sedap2 ngunyah kurma + telan koko radix ngan rumet pagi tadi, tetibe azan subuh berkumandang..

masing2 menuju ke bilik masing2, sorg ckp :"tido2!!"

aku berseloroh m'bls:"telah masuk waktu tido bagi daerah gombak dan kawasan yang sewaktu dengannya"..hahaha

"ape korang ingat waktu azan menandakan telah sampai waktu untuk tido?!"

tapi inilah realitinya, antara fenomena yang berlaku di bulan ramadan..

di bulan awal ramdhan tahun ini, bbrp pejabat uia dipecah masuk. di bulan ramadan ini, kita masih dihidangkan dengan berita kemungkaran yang tiada noktahnya..

antara kepelikan bulan ramadan ialah apabila masuk bulan ramadan, setan akan di"penjara" dan tidak dapat menggoda manusia..tapi yang lebih pelik bile tak setan pun masih byk kemungkaran berlaku di bulan ramadan yang mulia ini..

kenapa ini berlaku???

kerana..hanya setan yang diikat, tetapi KAWAN BAIK setan itu masih bermaharaja lela..siapa kawan setan itu? sedah tentulah makhluk yang sama angkuhnya seperti setan iaitu NAFSU.

dalam setiap diri manusia ada nafsu. dan nafsu ini lah yang sering mendorong manusia melakukan kemunkaran.

ramadan adalah pentas untuk mentarbiah diri menjadi lebih baik, dan meninggalkan segala kemaksiatan yang lalu. masing2 berazam hendak berubah menadi lebih baik, tetapi masih ada yang kecundang terbelenggu dengan sikap buruk y lalu?

cuba bayangkan, sebaldi air yang dipusingkan dengan tangan slama 11 pusingan, kemudian tangan diangkat keluar, adakah air itu trus berhenti berpusing?? sudah tentu tidak!..

begitu juga dengan perangai manusia..apabila kemungkaran yang dilakukannya selama berbulan2/bertahun2 sebelum itu dan telah menjadi kebiasaan dirinya, adakah dengan mudah ia meninggalkanya hanya selepas memasuki bulan ramadan? sudah tentu tidak!

sepertimana kit mahu menghentikan air putaran itu dengan menahannya dari arah bertentangan, begitu juga tabiat buruk kita yang harus dilawan sepenuh daya upaya..ia bukanlah mudah, tetapi ia juga bukan mustahil.. sebelum ramadan kita berlawan dengan dua musuh-setan dan nafsu- tetapi sekarang musuh kita cuma satu iaitu nafsu. tentunya ia lebih mudah utuk dilawan..

namun, percayalah secara hakikatnya, mlawan nafsu di bulan ramdadan ini lebih mudah dan akan dimudahkan.. kecuali si pelaku itu masih seronok melakukan maksiat dan tiada azam untuk meninggalkannya.

"ALlahumma InnaKa 'Afuwwun Kareem, Tuhibbul "Afwa Fa'fu 'anna"

ps: kitorang baring sekejap je, pastu solat subuh..jgn ingt kitorang terlajak pulak..hehe

1 التعليقات:

AL-ZAHRAWI يقول...

salam..haha..bln ramadhan memg best tdo leps sahur o subuh,,hehe..nafsu2..selamat menundukkan nafsu di bulan mulia..mga istiqamah selalu..