الجمعة، 27 فبراير 2009

maafkan diri ini



TEMAN,

maafkan diri ini,

tiada lagi
daya menanggung pedih ini,

melihatmu muram, hatiku sayu.

melihatmu suram, hatiku pilu.

tika kau ketawa, ku bahagia


umpama daun kering,ku di sisimu,

tiada lagi air mata untuk dialirkan,

senyuman, cuba ku ukirkan.

kau, cuba kulenyapkan,

segalanya ku padam.

hanya harapku, senyummu.



SAYANG,

maafkan diri ini,

aku tiada daya berkongsi bebanmu,

aku tiada daya meringan lelahmu,

aku tiada daya mengesat air matamu.


aku sendiri tak tertanggung.

aku sendiri damba disokong.

aku sendiri impi didokong.


andai kita hampir, bisa aku berkongsi bebanmu.

andai kita bersama, bisa aku memelukmu.

harapku, moga kau tabah hadapi segala.


sayang...
maafkanlah diri ini.


الخميس، 26 فبراير 2009

sInAr


Limpahan HUJAN bagi yang mendambakan.

KEMARAU panjang bagi yang memikirkan.


Mengapa melayan kecewa sedangkan anda boleh KETAWA ?.

Mengapa memilih derita sedangkan anda bisa BAHAGIA ?.

Mengapa menyusur gelita sedangkan di sana ada CAHAYA ?.


MAAF menyuci jiwa, menghilang duka.

SYUKUR menghembus gusar, melenyap kecewa.

TENANG menolak risau, merentap lara.

TEKAD menerima hakikat merungkai ma'rifat.


Mencari SINAR mentari di sebalik mendungnya awan.

الثلاثاء، 24 فبراير 2009

tersenyum

hatiku mekar

jiwaku lapang

rasaku bahagia


aku gembira

aku lega

aku ingin ketawa


awan tak sentiasa mendung

mentari tak selamanya terlindung


syukur pada yang Esa

=)

الاثنين، 23 فبراير 2009

hIdUp


rasa amat pantas sangat masa berlalu...

tetiba dah kene submit assignment...

tetibe dah tiba pre-regis week...

tetibe dah nak masuk mac...gaji jan tak dapat lagi..(bos aku asik lupe je..sebab aku pun lupe, tak perasan, ha3..aku tak kesah pun)

tetibe aku terpikir, eh! dah dekat 3 tahun aku kat uia! macam masih baru je masuk uia.

tetibe ramai adik2 pulak..dulu kita adik..

masa tak pernah menunggu kite...

bagi yang leka akan terus ditinggalkan...

bagi yang peka akan terus berjalan...

bagi yang alpa akan terus di awangan...


bermula sem ini merupakan sem yang boleh dikatakan paling berat berbanding sem2 yang lalu.

dulu tahun pertama amat sakit jiwa ngan celpad nya...

tahun dua amat selesa dan tenang tanpa komitmen lain selain study...

kini di tahun tiga berganda2 bebanannya...

dengan societynya + part time nye + study nye 19c.h...

kekadang aku lihat kawan2 yang lain komitmen hanya study, relaxnya diorang...

kekadang aku terfikir, kenapa aku "korban"kan sebagian hidupku untuk society dan part time...

pastu aku jawab sendiri -sekadar mencabar diri-

aku bukan takde duit sampai ngada2 keje part time.

cume rasa puas pegang duit sendiri. tapi masalahnya aku ni pemurah sangat (sebanarnya boros).

sejak mendaftar di uia, aku tak pernah mintak duit parent. beberapa keperluan masuk U dan yuran pendaftaran aku bayar guna duit gaji aku keje dulu. tapi ada la jugak abah bagi duit sikit2 cam tambang bas balik kg, duit raya dll, hehe...

aku cuba untuk tak minta duit parent. diorang dah besarkan aku berhabis duit. lagipun aku ada duit buat ape nak mintak2..

aku bukan mengimpikan untuk terus memegang society. aku memang nak lepaskan society selepas cukuplah setahun terasa 'azab' dalam society. aku dah tak sanggup pegang society lagi. tapi dalam hidup ini,kadang2 kite terpaksa mengorbankan sesuatu walaupun tanpa kerelaan kita. itulah kehidupan...

tapi sebenarnya, antara pendorong kuat aku terus bersama society adalah kerana hendak mencabar diri. 'kawan' aku juga seorang pres, kalau dia mampu jadi pres kenapa aku tidak?. sekadar mahu melihat kemampuan diri ini.

kadang2, orang menyangka kita kuat, tapi hakikatnya tidak...

kadang2 juga, orang melihat kita sebagai seorang yang lemah, tapi kita sebenarnya kuat...

dan kadang2 juga, kita sendiri tidak tahu kita ni kuat atau lemah...

ada juga orang yang tidak tahu peranannya. disangka dirinya tidak diperlukan. sedangkan orang lain amat memerlukan kehadirannya...

sekuat manapun manuasia itu, dia tetap lemah. dia tetap memerlukan pembantu. tidak ada satu organisasi pun di dunia ini yang tiada pembantu di sisinya... kalau ada presiden, pasti ada timbalannya, kalau ada pengarah, pasti ada penolongnya, kalau ada pengerusi pasti ada naibnya,pengetua dengan GPK, rektor dengan timbalan rektor, PM dengan TPM nya, speaker dewan bersama timbalannya, Sultan bersama pemangkunya, hatta DYMM YDP Agong pun ada timbalan agong...

bagaikan seorang bapa tunggal yang membesarkan anak2 tanpa isteri di sisi, seperti ibu tunggal yang menyara keluarganya dengan jerit perit tanpa suami, begitu lah ketua tanpa penolongnya.

kekadang merenung alam, dengan penuh pengertian, mengapa hidup ini sebegini rupa?.

mengapa perlu ada kasih dan rindu?. dan mengapa juga ada benci?

mengapa ada pertemuan? dan mengapa pula ada perpisahan?

mengapa perlu mengukir kenangan, jika mahu dilupakan?.

pengalaman mengajar erti kehidupan...

pengalaman mendewasakan pemikiran...

pengalaman memberi seribu ingatan...

bagi yang berakal, akan mengambil iktibar dan pengajaran daripada kehidupan.


السبت، 21 فبراير 2009

pAnTuN

Hijau nampaknya Bukit Barisan
Puncak Tanggamus dengan Singgalang
Terbang nyawa dari badan
Kasih di hati takkan hilang

Indra Giri pasirnya lumat
Kerang bercampur dengan lokan
Ibarat Nabi kasihkan umat
Begitu saya kasihkan tuan

Bunga Melati terapung-apung
Bunga rampai di kolam terbiar
Rindu hati tidak tertanggung
Bilakah dapat berjumpa si dia?

Anak ruan tidak terluang
Benang sutera di dalam buluh
Hendak buang tidak terbuang
Sudah mesra di dalam tubuh

Kiri jalan kanan pun jalan
Sama tengah pokok mengkudu
Kirim jangan pesan pun jangan
Seorang diri menanggung rindu

Limau purut lebat di pangkal
Batang selasih condong uratnya
Hujan ribut dapat ditangkal
Hati rindu apa ubatnya?

Layang layang terbang melayang
Jatuh di laut melayang layang
Siapa bilang saya tak sayang?
Siang malam terbayang bayang

Anak beruk di kayu rendang
Turun mandi di dalam paya
Huduh buruk di mata orang
Cantik manis di mata saya

Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang ditapak tangan
Biar jauh beribu batu
Jauh di mata di hati jangan

Di Tanjung Katung airnya biru
Disitulah tempat mencuci mata
Duduk seKluang lagikan rindu
Inikan pula jauh dimata

Ribu-ribu pokok mengkudu
Cincin permata jatuh ke ruang
Kalau rindu sebut namaku
Air mata jangan dibuang

***

Pisau raut hilang di rimba
Pakaian anak raja di Juddah
Karam di laut boleh ditimba
Karam di hati bilakah sudah?

Buah berangan masaknya merah
Kelekati dalam perahu
Luka di tangan nampak berdarah
Luka di hati siapa tahu?

Anak punai anak merbah
Hinggap ditonggak mencari sarang
Anak sungai lagikan berubah
Inikan pula hati orang

Dari Arab turun ke Aceh
Naik ke Jawa berkebun serai
Apa diharap pada yang kasih
Badan dan nyawa lagi bercerai

Anak buaya terenang-renang
Anak kunci dalam perahu
Hanya saya terkenang-kenang
Orang benci saya tak tahu

Dari Jawa ke Bengkahulu
Membeli keris di Inderagiri
Kawan ketawa ramai selalu
Kawan menangis seorang diri

Orang Aceh sedang sembahyang
Hari Jumaat tengah hari
Pergilah kasih pergilah sayang
Pandai-pandailah menjaga diri

Seri Mersing lagulah lama
Lagu dikarang biduan dahulu
Hatiku runsing gundah gulana
Dimana tempat hendak mengadu?

الجمعة، 13 فبراير 2009

nYaLa

Kala engkau tersungkur di hati

Yakinilah usah akhirnya

Dengarlah mereka bersendakan

Usah gentar menawani cinta

Terusan melangkah ke hujungnya

Bangkit segera semangatmu


Tegarkan jiwa, jauh dari luka

Biar nyala, jangan matikannya

Teguh, gapaikanlah impian itu

Hapuskan duka, biar genggam bara

Dalam kalbu, kupercayakanmu, segalanya pasti


Mimpi mu menjelang jadi nyata

Tunggu saatnya kan dimiliki

الخميس، 12 فبراير 2009

Tazkirah Remaja: Usah buka aib sesama Muslim

Bersama Mohd Zawawi Yusoh

Kelak Allah tutup aibnya di akhirat

DALAM satu hadis Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya sesama Muslim, kelak Alah akan tutup aibnya di akhirat."

Cuba kita sama-sama teliti satu kisah di zaman Nabi Musa a.s. Pada suatu ketika Bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka berkumpul dan datang menemui nabi.

Mereka berkata: "Ya Kaliimallah! Berdoalah kepada Tuhanmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami."

Berangkatlah Nabi Musa bersama kaumnya menuju ke padang pasir yang luas. Dengan jumlah yang ramai itu mereka berdoa dalam keadaan lusuh dan penuh debu, haus serta lapar.

Nabi Musa berdoa: "Ilaahi! Asqinaa ghaitsak...wansyur 'alaina rahmatak..."

Selepas itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin berkilauan. Maknanya segumpal awan pun tidak muncul jua.

Kemudian Nabi Musa berdoa lagi: "Ilaahi...asqinaa..."

Allah pun berfirman kepada Nabi Musa, maksudnya: "Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian sedangkan di antara kalian ada seorang hamba di kalangan yang hadir berdoa bermaksiat sejak 40 tahun lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian..."

Lalu Nabi Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya: "Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun...keluarlah ke hadapan kami...kerana engkaulah hujan tidak turun..."

Seorang lelaki melirik ke kanan dan kiri. Tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia. Saat itu pula dia sedar kalau dirinyalah yang dimaksud.

Dia berkata dalam hatinya: "Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahasiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tidak akan turun."

Hatinya pun gundah gulana. Air matanya pun menetes, menyesali perbuatan maksiatnya, sambil berkata di dalam hati: "Ya Allah! Aku sudah bermaksiat kepada-Mu selama 40 tahun. Selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepada-Mu, maka terimalah taubatku."

Tidak lama selepas pengakuan taubatnya itu, awan-awan tebal pun muncul. Semakin lama semakin tebal menghitam dan akhirnya turunlah hujan.

Nabi Musa kehairanan. "Ya Allah, Engkau sudah turunkan hujan kepada kami, namun tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia."

Allah berfirman, maksudnya: "Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tidak kunjung turun."

Nabi Musa berkata: "Ya Allah! Tunjukkan padaku hamba yang taat itu."

Allah berfirman, maksudnya: "Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya padahal dia bermaksiat kepada-Ku. Apakah Aku membuka aibnya sedangkan dia taat kepada-Ku!"

Semoga cerita ini menjadikan kita hamba yang tidak menghina dan mengaibkan kesalahan yang dilakukan seseorang.

Bukan itu sahaja, kita juga dilarang mendedahkan keaiban sendiri. Tetapi hal ini sering terjadi dalam dunia yang hangat dengan kejungkilan kisah dosa peribadi, kadang-kadang menjadi pelaris dan menghangatkan lagi buku dan siaran televisyen

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/AdDin/20090206095820/Article/indexv_html.

الاثنين، 9 فبراير 2009

Tazkirah Remaja: Limpahkan kasih sayang

Bersama Mohd Zawawi Yusoh

DALAM sehari semalam kita kerap menyebut perkataan 'Bismillah'. Semua di antara kita sudah tahu apa maknanya, iaitu 'Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang'.

Begitulah makna ayat al-Quran yang paling popular. Begitulah juga hebatnya Allah mengasihi makhluk yang dicipta-Nya.

Malah, golongan yang mengingkari-Nya pun masih dibenarkan tinggal di bumi-Nya. Mereka yang derhaka kepada-Nya pun masih diberi kesempatan menghirup udara-Nya, bahkan kadangkala rezeki makin bertambah.

Walaupun begitu, sudah banyak kita mendapat nikmat daripada-Nya tetapi jarang memberikan waktu untuk menghitungnya jauh sekali untuk membalasnya.

Setiap hari rasanya kita tidak terlepas meluangkan masa untuk mengambil sarapan kerana menganggap ia sangat penting.

Tetapi kenapa kita tidak sempat menggunakan beberapa minit untuk bersama memikirkan sifat ar-Rahman dan ar-Rahim Allah, sebagai vitamin sebelum bekerja atau menunaikan tugas harian?

Cuba tanya hati sanubari kita, apakah nikmat yang sudah kita dapat sepanjang hari semalam?

Kita boleh tidur dengan nyenyak, rumah kita selamat daripada pencuri, anak ceria, kita sendiri bahagia dan sebagainya. Tetapi pernahkah kita rasakan itu adalah rahmat Allah atau dalam kata lain pernahkah kita bersyukur?

Itulah tandanya kasih sayang Allah dan selepas kita mendapat kasih sayang Allah pernahkah kita tebar dan sebarkan itu semua kepada makhluk Allah yang lain?

Sudahkah kita sayangi ibu bapa kita sebagaimana kasih sayang yang kita dapat daripada Allah itu? Kepada anak kita, teman dan rakan sejiran, teman dan rakan sepejabat kita, bagaimana?

Sebenarnya antara tugas kita di bumi ini untuk berkasih sayang tanpa memandang ras, warna kulit, bangsa dan agama, parti politik bahkan juga kepada binatang, tumbuhan dan alam sekitar.

Dalam satu hadis Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: "Orang yang bersifat pengasih akan dikasihi Allah Yang Maha Pengasih. Hendaklah kamu mengasihi makhluk di bumi, nanti kamu akan dikasihi penduduk langit."

Kepada mereka yang derhaka kita patut melihat dengan penuh kasihan belas sebab kesalahannya adalah kesusahan baginya.

Mereka perlu didekati untuk ditegur dengan baik bukannya kasar supaya penderhaka itu diselamatkan daripada murka Allah.

Golongan yang pengasih bersifat seperti di bawah ini:

# Di mana ada benci, biar kita yang membalas dengan sayang.

# Di mana ada hati yang terluka, di situ kita yang menjadi penghiburnya.

# Di mana ada keraguan, di situ kita yang meyakinkan.

# Di mana ada putus asa, di situ kita menebarkan harapan.

# Di mana ada kesedihan, di situ kitalah yang berkongsi bahagia.

# Di mana ada kegelapan, di situlah kita yang membawa cahaya.

Selagi kita mahu membantu dan mengasihi kita, selagi itu kita mendapat 'geran' kekayaan daripada Allah yang Maha Mengasihi.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/AdDin/20090123093141/Article/indexv_html

الأربعاء، 4 فبراير 2009

Roket

ada sape2 tau negara mane yang ada roket ke angkasa??

mesti ramai yang tak tahu kan??

hehe...

aku pun tak pasti negara mane yang ada roket..kah3

tapi yang paling popular adalah USA dan Rusia...

dato dr SMS pun pergi stesen angkasa antarabangsa (IIS) dengan ehsan roket Rusia...

hmmm, dan seperkara lagi, korang tau tak ape beza antara roket Amerika dan roket Rusia??...

mesti korang tak tau jugak kan???

di sini ada dua perbezaan (yang aku tau la)

pertama: roket Amerika boleh guna berkali2, tapi Rusia punya leh gune sekali je, pastu jadi besi buruk...

kedua : masa nak mendarat ke bumi mesti berlaku pergeseran yang maha dahsat lagi2 nak membolosi lapisan atmosfera yang tebal...akibatnya kalau tiada penebat, sudah tentu orang dalam kapsul roket yang menjunam ke bumi itu ikut lebur ngan roket dan tiada peluang hidup. oleh itu roket amerika menggunakan tile(alaa, yang kita guna buat lantai rumah tu..takut salah eja lak,hihi), manakala roket Rusia menggunakan gabus(polisterine) untuk menghalang haba menembusi ke dalam roket...

ada sape2 percaye?hehe

lagi stu, dulu2 angkasawan menghadapi masalah pen tak keluar dakwat sebab kat angkasa takde graviti yang membolehkan dakwat pen turun...maka ramai2 la saintis wat research camne caranye nk bagi dakwat turun tanpa graviti...hasilnya, saintis amerika berhabis berjuta2 dolar(atau berbilion2) akhirnya terhasillah dakwat yang leh turun gak walaupun tanpa graviti...
di pihak lain juga menyelesaikan masalah ini, tapi dengan cara yang mudah dan amat jimat. iaitu mereka menggunakan pensel di angkasa sebagai ganti pen!!! senang kan?!!!tak payah berhabis bergolok gadai wat research tentu perkara tu...

moral of the story: setiap masalah ada penyelesaiannya, samada kita menggunakan cara yang memudahkan untuk mennyelesaikan masalat itu atau guna cara yang amat sulit. walaubagaimanapun, semua cara itu berakhir dengan penyelesaian dan kesudahan yang baik, bukannya menambah masalah lain...

wassalam.




الأحد، 1 فبراير 2009

selagi dia masih ada



Kata-kata dari seorang kawan dibawah boleh dijadikan cerminan buat kita semua. Manalah tahu mungkin madah ini boleh menjadi tazkirah buat kita semua.


Ketika berusia setahun,ibu suapkan makanan dan mandikan kita.cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam. Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain, kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil. Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang, kita ucapkan terimakasih dengan menumpahkan makanan ke lantai. Ketika berusia 4 tahun, ibu membelikan sekotak pensel warna, kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding. Ketika berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru, kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor. Setelah berusia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita kesekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit :"tak nak! tak nak!". Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola, cara mengucapkan terima kasih ialah kita pecah kaca cermin tingkap jiran.

Menjelang usia 8 tahun, ibu belikan aiskrim, kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu. Ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas. Berusia 10 tahun ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita ke mana saja, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya. Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen & main games. Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang. Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk surat atau pun menelefon ke rumah pun. Ketika berusia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman, kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

Menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPT,
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan-kawan. Ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah payah membayar yuran pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama, kita ucapkan terima kasih dengan ponteng kelas dan tidak sempurnakan assignment. Ketika berusia 20 tahun, ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa,
kita kata, "itu bukan urusan ibu." Setelah berusia 21 tahun, ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya, Kita kata, "saya tak mahu jadi seperti ibu." Apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita. Di belakang ibu kita katakan pada kawan-kawan? . "perabot pilihan ibu aku tak cantik, tak berkenan akuuu!" Ketika menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai rancangan masa depan,
kita menjeling dan merungut, "ibuuu, tooooolonglahhh..."

Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayangkan kita, tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh. Pada usia kita 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi, kita dengan megah berkata,"itu dulu, sekarang zaman moden..." Ketika kita berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri-kendara di kampung, kita berkata,"kami sibuk, tak ada masa nak datang." Apabila kita berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak. Dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal! khabar itu bagaikan petir! dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu. Jika ibu masih ada, sayangi dia. Jika telah kembali ke rahmatullah, ingatlah kasih dan sayangnya, doakan ibu sayangilah ibu kita, kerana kita semua hanya ada seorang ibu kandung.