tetibe dah nak masuk mac...gaji jan tak dapat lagi..(bos aku asik lupe je..sebab aku pun lupe, tak perasan, ha3..aku tak kesah pun)
tetibe aku terpikir, eh! dah dekat 3 tahun aku kat uia! macam masih baru je masuk uia.
tetibe ramai adik2 pulak..dulu kita adik..
masa tak pernah menunggu kite...
bagi yang leka akan terus ditinggalkan...
bagi yang peka akan terus berjalan...
bagi yang alpa akan terus di awangan...
bermula sem ini merupakan sem yang boleh dikatakan paling berat berbanding sem2 yang lalu.
dulu tahun pertama amat sakit jiwa ngan celpad nya...
tahun dua amat selesa dan tenang tanpa komitmen lain selain study...
kini di tahun tiga berganda2 bebanannya...
dengan societynya + part time nye + study nye 19c.h...
kekadang aku lihat kawan2 yang lain komitmen hanya study, relaxnya diorang...
kekadang aku terfikir, kenapa aku "korban"kan sebagian hidupku untuk society dan part time...
pastu aku jawab sendiri -sekadar mencabar diri-
aku bukan takde duit sampai ngada2 keje part time.
cume rasa puas pegang duit sendiri. tapi masalahnya aku ni pemurah sangat (sebanarnya boros).
sejak mendaftar di uia, aku tak pernah mintak duit parent. beberapa keperluan masuk U dan yuran pendaftaran aku bayar guna duit gaji aku keje dulu. tapi ada la jugak abah bagi duit sikit2 cam tambang bas balik kg, duit raya dll, hehe...
aku cuba untuk tak minta duit parent. diorang dah besarkan aku berhabis duit. lagipun aku ada duit buat ape nak mintak2..
aku bukan mengimpikan untuk terus memegang society. aku memang nak lepaskan society selepas cukuplah setahun terasa 'azab' dalam society. aku dah tak sanggup pegang society lagi. tapi dalam hidup ini,kadang2 kite terpaksa mengorbankan sesuatu walaupun tanpa kerelaan kita. itulah kehidupan...
tapi sebenarnya, antara pendorong kuat aku terus bersama society adalah kerana hendak mencabar diri. 'kawan' aku juga seorang pres, kalau dia mampu jadi pres kenapa aku tidak?. sekadar mahu melihat kemampuan diri ini.
kadang2, orang menyangka kita kuat, tapi hakikatnya tidak...
kadang2 juga, orang melihat kita sebagai seorang yang lemah, tapi kita sebenarnya kuat...
dan kadang2 juga, kita sendiri tidak tahu kita ni kuat atau lemah...
ada juga orang yang tidak tahu peranannya. disangka dirinya tidak diperlukan. sedangkan orang lain amat memerlukan kehadirannya...
sekuat manapun manuasia itu, dia tetap lemah. dia tetap memerlukan pembantu. tidak ada satu organisasi pun di dunia ini yang tiada pembantu di sisinya... kalau ada presiden, pasti ada timbalannya, kalau ada pengarah, pasti ada penolongnya, kalau ada pengerusi pasti ada naibnya,pengetua dengan GPK, rektor dengan timbalan rektor, PM dengan TPM nya, speaker dewan bersama timbalannya, Sultan bersama pemangkunya, hatta DYMM YDP Agong pun ada timbalan agong...
bagaikan seorang bapa tunggal yang membesarkan anak2 tanpa isteri di sisi, seperti ibu tunggal yang menyara keluarganya dengan jerit perit tanpa suami, begitu lah ketua tanpa penolongnya.
kekadang merenung alam, dengan penuh pengertian, mengapa hidup ini sebegini rupa?.
mengapa perlu ada kasih dan rindu?. dan mengapa juga ada benci?
mengapa ada pertemuan? dan mengapa pula ada perpisahan?
mengapa perlu mengukir kenangan, jika mahu dilupakan?.
pengalaman mengajar erti kehidupan...
pengalaman mendewasakan pemikiran...
pengalaman memberi seribu ingatan...
bagi yang berakal, akan mengambil iktibar dan pengajaran daripada kehidupan.
DALAM satu hadis Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya sesama Muslim, kelak Alah akan tutup aibnya di akhirat."
Cuba kita sama-sama teliti satu kisah di zaman Nabi Musa a.s. Pada suatu ketika Bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka berkumpul dan datang menemui nabi.
Mereka berkata: "Ya Kaliimallah! Berdoalah kepada Tuhanmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami."
Berangkatlah Nabi Musa bersama kaumnya menuju ke padang pasir yang luas. Dengan jumlah yang ramai itu mereka berdoa dalam keadaan lusuh dan penuh debu, haus serta lapar.
Nabi Musa berdoa: "Ilaahi! Asqinaa ghaitsak...wansyur 'alaina rahmatak..."
Selepas itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin berkilauan. Maknanya segumpal awan pun tidak muncul jua.
Kemudian Nabi Musa berdoa lagi: "Ilaahi...asqinaa..."
Allah pun berfirman kepada Nabi Musa, maksudnya: "Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian sedangkan di antara kalian ada seorang hamba di kalangan yang hadir berdoa bermaksiat sejak 40 tahun lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian..."
Lalu Nabi Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya: "Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun...keluarlah ke hadapan kami...kerana engkaulah hujan tidak turun..."
Seorang lelaki melirik ke kanan dan kiri. Tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia. Saat itu pula dia sedar kalau dirinyalah yang dimaksud.
Dia berkata dalam hatinya: "Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahasiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tidak akan turun."
Hatinya pun gundah gulana. Air matanya pun menetes, menyesali perbuatan maksiatnya, sambil berkata di dalam hati: "Ya Allah! Aku sudah bermaksiat kepada-Mu selama 40 tahun. Selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepada-Mu, maka terimalah taubatku."
Tidak lama selepas pengakuan taubatnya itu, awan-awan tebal pun muncul. Semakin lama semakin tebal menghitam dan akhirnya turunlah hujan.
Nabi Musa kehairanan. "Ya Allah, Engkau sudah turunkan hujan kepada kami, namun tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia."
Allah berfirman, maksudnya: "Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tidak kunjung turun."
Nabi Musa berkata: "Ya Allah! Tunjukkan padaku hamba yang taat itu."
Allah berfirman, maksudnya: "Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya padahal dia bermaksiat kepada-Ku. Apakah Aku membuka aibnya sedangkan dia taat kepada-Ku!"
Semoga cerita ini menjadikan kita hamba yang tidak menghina dan mengaibkan kesalahan yang dilakukan seseorang.
Bukan itu sahaja, kita juga dilarang mendedahkan keaiban sendiri. Tetapi hal ini sering terjadi dalam dunia yang hangat dengan kejungkilan kisah dosa peribadi, kadang-kadang menjadi pelaris dan menghangatkan lagi buku dan siaran televisyen
DALAM sehari semalam kita kerap menyebut perkataan 'Bismillah'. Semua di antara kita sudah tahu apa maknanya, iaitu 'Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang'.
Begitulah makna ayat al-Quran yang paling popular. Begitulah juga hebatnya Allah mengasihi makhluk yang dicipta-Nya.
Malah, golongan yang mengingkari-Nya pun masih dibenarkan tinggal di bumi-Nya. Mereka yang derhaka kepada-Nya pun masih diberi kesempatan menghirup udara-Nya, bahkan kadangkala rezeki makin bertambah.
Walaupun begitu, sudah banyak kita mendapat nikmat daripada-Nya tetapi jarang memberikan waktu untuk menghitungnya jauh sekali untuk membalasnya.
Setiap hari rasanya kita tidak terlepas meluangkan masa untuk mengambil sarapan kerana menganggap ia sangat penting.
Tetapi kenapa kita tidak sempat menggunakan beberapa minit untuk bersama memikirkan sifat ar-Rahman dan ar-Rahim Allah, sebagai vitamin sebelum bekerja atau menunaikan tugas harian?
Cuba tanya hati sanubari kita, apakah nikmat yang sudah kita dapat sepanjang hari semalam?
Kita boleh tidur dengan nyenyak, rumah kita selamat daripada pencuri, anak ceria, kita sendiri bahagia dan sebagainya. Tetapi pernahkah kita rasakan itu adalah rahmat Allah atau dalam kata lain pernahkah kita bersyukur?
Itulah tandanya kasih sayang Allah dan selepas kita mendapat kasih sayang Allah pernahkah kita tebar dan sebarkan itu semua kepada makhluk Allah yang lain?
Sudahkah kita sayangi ibu bapa kita sebagaimana kasih sayang yang kita dapat daripada Allah itu? Kepada anak kita, teman dan rakan sejiran, teman dan rakan sepejabat kita, bagaimana?
Sebenarnya antara tugas kita di bumi ini untuk berkasih sayang tanpa memandang ras, warna kulit, bangsa dan agama, parti politik bahkan juga kepada binatang, tumbuhan dan alam sekitar.
Dalam satu hadis Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: "Orang yang bersifat pengasih akan dikasihi Allah Yang Maha Pengasih. Hendaklah kamu mengasihi makhluk di bumi, nanti kamu akan dikasihi penduduk langit."
Kepada mereka yang derhaka kita patut melihat dengan penuh kasihan belas sebab kesalahannya adalah kesusahan baginya.
Mereka perlu didekati untuk ditegur dengan baik bukannya kasar supaya penderhaka itu diselamatkan daripada murka Allah.
Golongan yang pengasih bersifat seperti di bawah ini:
# Di mana ada benci, biar kita yang membalas dengan sayang.
# Di mana ada hati yang terluka, di situ kita yang menjadi penghiburnya.
# Di mana ada keraguan, di situ kita yang meyakinkan.
# Di mana ada putus asa, di situ kita menebarkan harapan.
# Di mana ada kesedihan, di situ kitalah yang berkongsi bahagia.
# Di mana ada kegelapan, di situlah kita yang membawa cahaya.
Selagi kita mahu membantu dan mengasihi kita, selagi itu kita mendapat 'geran' kekayaan daripada Allah yang Maha Mengasihi.
ada sape2 tau negara mane yang ada roket ke angkasa??
mesti ramai yang tak tahu kan??
hehe...
aku pun tak pasti negara mane yang ada roket..kah3
tapi yang paling popular adalah USA dan Rusia...
dato dr SMS pun pergi stesen angkasa antarabangsa (IIS) dengan ehsan roket Rusia...
hmmm, dan seperkara lagi, korang tau tak ape beza antara roket Amerika dan roket Rusia??...
mesti korang tak tau jugak kan???
di sini ada dua perbezaan (yang aku tau la)
pertama: roket Amerika boleh guna berkali2, tapi Rusia punya leh gune sekali je, pastu jadi besi buruk...
kedua : masa nak mendarat ke bumi mesti berlaku pergeseran yang maha dahsat lagi2 nak membolosi lapisan atmosfera yang tebal...akibatnya kalau tiada penebat, sudah tentu orang dalam kapsul roket yang menjunam ke bumi itu ikut lebur ngan roket dan tiada peluang hidup. oleh itu roket amerika menggunakan tile(alaa, yang kita guna buat lantai rumah tu..takut salah eja lak,hihi), manakala roket Rusia menggunakan gabus(polisterine) untuk menghalang haba menembusi ke dalam roket...
ada sape2 percaye?hehe
lagi stu, dulu2 angkasawan menghadapi masalah pen tak keluar dakwat sebab kat angkasa takde graviti yang membolehkan dakwat pen turun...maka ramai2 la saintis wat research camne caranye nk bagi dakwat turun tanpa graviti...hasilnya, saintis amerika berhabis berjuta2 dolar(atau berbilion2) akhirnya terhasillah dakwat yang leh turun gak walaupun tanpa graviti... di pihak lain juga menyelesaikan masalah ini, tapi dengan cara yang mudah dan amat jimat. iaitu mereka menggunakan pensel di angkasa sebagai ganti pen!!! senang kan?!!!tak payah berhabis bergolok gadai wat research tentu perkara tu...
moral of the story: setiap masalah ada penyelesaiannya, samada kita menggunakan cara yang memudahkan untuk mennyelesaikan masalat itu atau guna cara yang amat sulit. walaubagaimanapun, semua cara itu berakhir dengan penyelesaian dan kesudahan yang baik, bukannya menambah masalah lain...
Kata-kata dari seorang kawan dibawah boleh dijadikan cerminan buat kita semua. Manalah tahu mungkin madah ini boleh menjadi tazkirah buat kita semua.
Ketika berusia setahun,ibu suapkan makanan dan mandikan kita.cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam. Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain, kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil. Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang, kita ucapkan terimakasih dengan menumpahkan makanan ke lantai. Ketika berusia 4 tahun, ibu membelikan sekotak pensel warna,kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding. Ketika berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru, kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor. Setelah berusia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita kesekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit :"tak nak! tak nak!". Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola, cara mengucapkan terima kasih ialah kita pecah kaca cermin tingkap jiran.
Menjelang usia 8 tahun, ibu belikan aiskrim, kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu. Ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah,kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas. Berusia 10 tahun ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita ke mana saja, kita ucapkan terimakasih dengan tidak bertegur sapa dengannya. Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah,kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen & main games. Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang. Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk surat atau pun menelefon ke rumah pun. Ketika berusia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman, kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.
Menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPT,
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan-kawan. Ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah payah membayar yuran pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama, kita ucapkan terima kasih dengan ponteng kelas dan tidak sempurnakan assignment. Ketika berusia 20 tahun, ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa,
kita kata, "itu bukan urusan ibu." Setelah berusia 21 tahun, ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya, Kita kata, "saya tak mahu jadi seperti ibu." Apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita. Di belakang ibu kita katakan pada kawan-kawan? . "perabot pilihan ibu aku tak cantik, tak berkenan akuuu!" Ketika menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai rancangan masa depan,kita menjeling dan merungut, "ibuuu, tooooolonglahhh..."
Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayangkan kita, tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh. Pada usia kita 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi, kita dengan megah berkata,"itu dulu, sekarang zaman moden..." Ketika kita berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri-kendara di kampung, kita berkata,"kami sibuk, tak ada masa nak datang." Apabila kita berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak. Dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal! khabar itu bagaikan petir! dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu. Jika ibu masih ada, sayangi dia. Jika telah kembali ke rahmatullah, ingatlah kasih dan sayangnya, doakan ibu sayangilah ibu kita, kerana kitasemua hanya ada seorang ibu kandung.