Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
>10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang
tertawa dan menangis." (An -Najm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis,
serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata
telah mengalir di dunia ini. Sumber
nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi.
Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering
ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus.
Sepertilah sungai yang mengalir ke laut
tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu
di tampung banjirlah dunia ini.
Tangis tercela atau terpuji
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat
dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.
Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut
iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau
tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
Tangisan dapat memadamkan api Neraka
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang
menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan
tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya
mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori
oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada
suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati.
Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar
dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata
dapat memadamkan lautan api neraka."
Air mata yang tiada di tuntut
> Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita
bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
> Janganlah menangis menonton filem/drama itu
kan cuma lakonan.
> Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas
mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
> Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan
mungkin kita kurang membuat persediaan.
> Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan
sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
> Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat
yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.
Dari itu..
> Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua
buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian
yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa
bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar
untuk menerima hidayah dari Allah swt.
Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik
kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati
agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur
dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.
"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat
naungan Allah di hari qiamat"??seseorang yang
berzikir bersendirian lalu mengenang tentang
kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."
> "Jika tubuh seseorang hamba gementar
kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah
dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."
>Berkata Salman Al Faarisi r.a
> Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
> 1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
> 2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat
malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
> 3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan
untuk ke syurga atau neraka.
Air mata tanda rahmat Tuhan
> Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika
kematiannya & perhatikanlah 3 perkara :
>1) Apabila dahi nya berpeluh.
>2) Airmatanya berlinang.
>3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus..
kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt
untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,dan
4. dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada
Dzat yang Memiliki mu."
بلغوا عني ولو آية
0 التعليقات:
إرسال تعليق