الخميس، 9 أبريل 2009

Kawal pernafasan dari perut


EMOSI dapat dikawal jika seseorang bernafas dengan betul.


SEBAIK saja keluar dari bilik mesyuarat, kepala Zaril mula berserabut dengan pelbagai tugasan baru yang diberikan oleh ketuanya.

Nafas yang dihembus, tersekat-sekat, seolah-olah ada yang menekan dadanya tatkala melihat timbunan kerja di atas mejanya.

Zaril segera bangun lalu cuba mengatur semula pernafasan sambil menenangkan diri. Beberapa minit kemudian kepalanya yang terbeban terasa ringan.

“Tekanan kerja, persekitaran malah dalam keadaan biasa pun, ramai orang yang sering terlupa bagaimana perlunya bernafas dengan betul,” ujar seorang pakar pernafasan, Dominique Lonchant.

Jelasnya lagi, pengawalan pernafasan yang betul dapat memastikan pembukaan saluran udara yang sempurna serta kapasiti udara yang memasuki paru-paru adalah maksimum.

“Pengawalan pernafasan mempunyai empat bahagian utama iaitu di bahagian perut, tekak, sisi dada dan pernafasan secara keseluruhan,” katanya sambil menunjukkan cara yang betul menghembus dan menarik nafas menggunakan hidung.

Menurut Dominique, kebanyakan kita gemar ‘menelan’ nafas yang sekali gus menyebabkan banyak elemen negatif masuk ke dalam tubuh.


TEKNIK pengawalan pernafasan harus diketahui semua orang.


“Pernafasan yang perlahan juga membuatkan udara yang disedut tidak sampai ke paru-paru ketika proses menyedut dan menghembus

Kerana itu, Dominique menegaskan pengawalan pernafasan harus diketahui oleh semua orang, terutama dalam keadaan yang tertekan.

“Sebagai contoh, pernafasan yang dikawal melalui perut mampu membetulkan sistem pencernaan, buah pinggang, hati serta perjalanan darah,” katanya.

Di samping itu, pernafasan clavicular iaitu pernafasan yang memberi tekanan di bahagian bawah ketiak juga dibuktikan dapat mencegah kanser payu dara di kalangan wanita.

“Manakala pengawalan yang dilakukan menerusi tekak pula membantu memulihkan sistem jantung termasuk menguatkan organ tersebut,” kata Dominique yang berasal dari Perancis.

Cerita Dominique, pengalamannya mengajar beberapa orang penyanyi mengenai pernafasan yang betul telah banyak membantu mereka dalam sesuatu persembahan.

Bukan sekadar itu, bagi amalan biasa, aturan pernafasan yang betul juga dapat mengelakkan seseorang itu daripada perasaan malas terutamanya pada waktu pagi.

“Kadar oksigen yang kurang pada waktu pagi menyebabkan rasa kemalasan itu cukup tinggi dan menerusi senaman pernafasan ini, aliran darah serta oksigen akan lebih pantas bergerak,” katanya.

Jelas lelaki yang berpengalaman hampir 28 tahun mengajar teknik ini di seluruh dunia, penyakit seperti asma, gemuruh dan sesetengah alahan berpunca daripada cara bernafas yang salah.

Lebih daripada itu, emosi juga dapat dikawal dengan lebih baik sekiranya aturan pernafasan seseorang itu berada dalam keadaan sempurna.

“Sekiranya kita sukar untuk bernafas, tidak selesa dengan udara yang keluar masuk ke dalam tubuh, secara tidak langsung, ia turut mengganggu mood dan emosi. Ini akan membuatkan seseorang itu mudah marah, rasa tertekan dan bermacam lagi,” ujarnya

sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1228&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm.

الأربعاء، 8 أبريل 2009

Truth, Cry And Lie_Letto


A red rosy cheeks
A drop of tear to weep
Reminds me of you
A long side a sigh
A long side of cry

A soft summer rain,
a smile that hides a pain
Why should you be ashamed?
Cause in every life
A little rain must fall
And you are my friend
Charmingly sentimental brain

There’s a truth behind a cry
And there’s a cry behind a lie
On every words that come out strong
Just let them go and let’s get along

On every grudge and every fight
I miss you all day and night
Have you had your time off today?
To drink a cup of tea and smile away

Sometimes I wonder
Will i ever see you
Without all your game plan
When all you have is
Nothing but a pure bliss


I will wait that day
When you can find your way
Out of this maze of love
And you can laugh
To see cries and lies
Coz you know better than me
Only the truth will set you free

There’s a truth behind a cry
And there’s a cry behind a lie
On every thought that come out wrong
Just learn from it and please stay strong
On every grudge and every fight
I miss you all day and night
It’s not easy to understand
But you must hold on your stand
I know you know, you know I know


There’s a truth behind a cry
And there’s a cry behind a lie
There’s a hope on every fright
There’s a light on every night

Jenis-Jenis Air mata



Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
>10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang

tertawa dan menangis." (An-Najm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis,

serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata

telah mengalir di dunia ini. Sumber
nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi.

Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering

ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus.
Sepertilah sungai yang mengalir ke laut

tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu
di tampung banjirlah dunia ini.
 
Tangis tercela atau terpuji
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat

dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut

iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau

tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang

menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan

tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya

mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori

oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada

suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati.

Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar

dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata

dapat memadamkan lautan api neraka."
Air mata yang tiada di tuntut
>  Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita

bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
>  Janganlah menangis menonton filem/drama itu

kan cuma lakonan.
>  Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas

mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
>  Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan

mungkin kita kurang membuat persediaan.
>  Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan

sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
>  Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat

yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.
 
Dari itu..
>  Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua

buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian

yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa

bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar

untuk menerima hidayah dari Allah swt.

Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik

kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati

agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur
dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.


"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat

naungan Allah di hari qiamat"??seseorang yang

berzikir bersendirian lalu mengenang tentang

kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."
>  "Jika tubuh seseorang hamba gementar

kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah

dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

>Berkata Salman Al Faarisi r.a
>  Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
>  1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
>  2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat

malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
>  3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan

untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan
>  Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika

kematiannya & perhatikanlah 3 perkara :
>1) Apabila dahi nya berpeluh.
>2) Airmatanya berlinang.
>3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus..

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt

untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
 
1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,dan

4. dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada

Dzat yang Memiliki mu."

بلغوا عني ولو آية

sebelum cahaya_Letto


ku teringat hati
yang bertabur mimpi
ke mana kau pergi cinta

perjalanan sunyi
kau tempuh sendiri
kuatkanlah hati cinta

ingatkan kau kepada
embun pagi bersahaja
yang menemanimu
sebelum cahaya

ingatkan kau kepada
angin yang berhembus mesra
yang kan membelaimu cinta

kan kuatkan hati
yang berpegang janji
genggamlah tangan ku cinta

ku tak akan pergi
meninggalkan mu sendiri
temani hatimu cinta

الثلاثاء، 7 أبريل 2009

teruskan perjuangan

baru habes tgk los dan faun..


cerita yang menarik, kreatif, lain dr y lain..cume ada unsur komedi yang kurang molek bagi aku..bagi orang lain aku tak tau la.hmm, tak boleh ke wat komedi tak gune unsur tu. neway, keseluruhan cite ok la, layak diberi pujian..

aku datang ofis tadi, bawak 3 benda; buku sorf, buku res.method, dan external hardisk aku. tapi nampaknya external aku yang menang-tgk losdanfaun-,buku sorf ng research tenang di dalam beg..hahaha...sori buku. len kali aku baca kau ea...


hmm, baru sampai uia kul4 tadi. seronok balik rumah. dapat lupakan dan tinggalkan semua masalah, tekanan, penat kat uia.. dan seperti biasa terhibur ngan telatah mak ng abah, tidak lupa kak uda yang suka ulang arahan...hahaha. kat umah ada tiga orang tu je la, daripada 8 beradik, uda sorang je ada kat umah, tu pun rezeki dapat keje dekat ngan rumah-lebih 25km dri rumah-dapat la teman mak abah kat umah. yang lain di perantauan..hihi

.

tgh2 taip ni, telefon berdering. biasa la, bertanya keadaan ofis dan kelas semua berjalan lancar?ad payment? ada masalah? dll..pastu sempat lagi tanya:"you ada bukak internet tak? sape menang?" aku faham2 la dia tanya pasal PRK, bukan pasal bola..hehe..pantas aku jawab.."sekarang ni keputusan tak rasmi Pas menang kat bukit gantang, majoriti dekat 3000, kat bukit selambau pun pkr masih mendahului..kat batang air memang dah kompem bn menang"..."owh, jap lagi ada la keputusan rasmi tu, ok la fahmi, jumpe lagi.assalamualaikum"..waalaikumussalam.


menang juga nizar. bapak aku risau sgt dr semalam sampai pagi tadi.."agak2 nizar menang tak?" aku jawab, "secara logiknya nizar selayaknya menang..tapi kalau bn menang faham2 je la, hehehe."kat bukt selambau 50-50 je. tak letak harapan pun...kalau najib fikir dia bebaskan hndraf dari tahanan isa dapat mencuri hati pengundi kat bukit selambau, mungkin dia silap..mungkin la...


yang penting dah balik dari rumah ni, terasa tercas sedikit, lebih bersemangat nak study. masa ngah gosok baju nak balik tadi, abah datang, abah ada hal nak kuar jap, jadi salam, cium dan peluk dulu la,masa peluk abah cakap:"kalau nak minang anak dara orang nanti, bagitau abah". aku gelak je"ok!", pas abah kuar, mak masuk bilik gosok tersengih2 tanya, abah cakap ape tadi?.."tak de pun, abah ulang pesanan biasa je, memang la bagitau abah, takkan la nak g minang sendiri kot...pastu gelak2..hahaha.


ok, masa untuk balik. dah habes waktu keje...=)


oh ye, laporan ke kuala terengganu hari tu lum sempat post lagi..


selamat berfinal exam


"إن الامتحان يكرم المرء أو يهانه"



الجمعة، 3 أبريل 2009

yea

dah habes 2 paper. tinggal lagi 4.

exam jahili pagi tadi agak melegakan dan menenangkan jiwa...soalan lebih mudah berbanding sem lepas. mungkin sebab sem ni kene jawab semua soalan, jadi ustazah kurangkan lah sedikit kadar kepayahannya.. tq ustazah,=)

sempat juga aku mesej mak bagitau nak exam, 4minit sebelum exam start(8:56am)..hihihi. boleh terlupa pulak nak bagitau.

esok nak balik kg..bersukaria bersama keluarga..kalau dok uia pun bukan aku akan study, next paper lama lagi, baik aku lepak kat umah, leh tolong2 mak n abah..

pas jumaat tadi kuar singgah umah mak cik, pastu g lowyat, nak balik singgah pudu beli tiket. seb baik izu cakap awal minta ganti dia keje petang ni, kalau tak aku dah beli tiket balik malam ni gak..hehe,

takpe la, bagi peluang dia rehat pulak, lagipun sok dia ada exam... aku selalu minta dia ganti aku keje..=)

seperkara lagi, hari ni dalam sejarah, Malaysia dapat PM baru, ketika aku bertarung menjawab soalan jahili tadi, Najib selamat mengangkat sumpah sebagai PM Msia ke 6. aku tak nak komen ape2 la pasal ini..aku gemar memerhati je. dan menanti keputusan 3 PRK selasa depan...hihi.

وَكَائِنْ تَرَى مِنْ صَامْتٍ لَكَ مُعْجِبٌ
زِيَادَتُهُ أوْ نَقْصُهُ فِي التَّكَلُّمِ

لسانُ الفَتَى نِصْفٌ وَنِصْفٌ فُؤَادُهُ

فَلَمْ يَبْقَ إلاَّ صُوْرَة اللَحمِ والدَّمِ


الخميس، 2 أبريل 2009

all the best


hihi...



hahaha...campak dia dalam air!!!



okay, sambung bace jahili...

all the best kepada semua kawan2 yang amek jahili.

jangan tensen2 menjawab esok.

dan pesanan saya: keluar awal sok, cari exam venue...jgn sesat tak jumpe venue sudah..hehe
saya pun tak tau lagi Engin Exam Hall tu kat mane..huhu

selamat menjawab...=)