السبت، 8 نوفمبر 2008

UZUR Solat Jemaah#1

Sebagaimana yang kita ketahui, ulama’ berselisih pendapat tentang hukum solat berjemaah, antara sunat muakkadah, fardu kifayah, dan fardu ain. Sekalipun mengikut pendapat mazhab Syafie hukum solat berjemaah adalah fardu kifayah bagi lelaki yang baligh, merdeka, bermukim, namun ianya tidak boleh diabaikan melainkan jika ada keuzuran, berdasarkan hadis :

Daripada Ibn Abas r.a, beliau berkata : “Sesiapa yang mendengar seruan Azan, kemudian dia tidak pergi menunaikan solat secara berjemaah, maka tiada solat (yang sempurna) baginya melainkan dengan sebab keuzuran”.

(Hadis Marfu’, dikeluarkan oleh At-Tabrani, Ibnu Hibban, Ibnu Majah, Abu Daud, dan Hakim)

Menurut Imam An-Nawawi di dalam kitabnya “Minhaj el-Tolibin”, keuzuran yang diiktiraf terbahagi kepada dua bahagian :

PERTAMA : KEUZURAN UMUM.

1) HUJAN yang boleh membasahkan pakaian ataupun ANGIN yang kuat.

Drpd Nafi’ r.a katanya: pada suatu malam yang dingin dan berangin: Ibnu Umar r.a azan untuk solat lalu membaca : “ألا صلوا في الرحال” (Silakan solat di tempat masing2). Setelah selesai azan dia berkata ; dalam satu perjalanan dimalam yang dingin dan hujan, Rasulullah SAW memerintahkan supaya membaca didalam azan : “ألا صلوا في الرحال” (Silakan solat di tempat masing2).

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

2) JALAN ROSAK (seperti lecak, berlumpur, dan licin).

KEDUA : KEUZURAN KHUSUS.

1) Sakit.

2) Cuasa terlalu panas atau terlalu sejuk

3) Terlalu lapar dan dahaga yang nyata.

4) Takut dizalimi tubuh, maruah,dan harta.

5) Menahan diri daripada Hadas kecil

6) Mengelak diri dari ditahan pemiutang.

7) Megelak diri dari dikenakan hukuman.

8) Tiada pakaian yang sesuai.

9) Badan dan pakaian atau memakan makanan yang berbau busuk.

10) Bermusafir atau mengikut musafir harus.

11) Memelihara orang sakit ketika tiada orang lain yang menjaganya.

12) Menunggu salah seorang ahli keluarga yang nazak.

13) Berat tubuh badan kerana terlalu gemuk.

14) Menguruskan jenazah dan takut terlewat mengebumikannya.

15) Disakiti sama ada di jalan atau di masjid.

16) Baru bernikah.

17) Imam memanjangkan solat atau meninggalkan perkara-perkara sunat yang dimaksudkan.

18) buta dan tiada yang memimpinya.

19) lelaki yang sangat kacak (amrad).

20) terdapat kemungkaran di jalan atau di masjid.

21) Untuk mendapat keuntungan yang besar di dalam perniagaan.

22) Jauh dari tempat berjemaah.

WALLAHU AA’LAM…

InshaAllah, keuzuran khusus akan diterangkan secara terperinci pada siri akan datang.

الجمعة، 7 نوفمبر 2008

sEmaLaM

Semalam
Aku berlari
Menggapai pelangi
Tidak kukecapi

Semalam
Ku harap belaian bayu
Namun ia terus berlalu
Kuhembus nafas sendu
Biar bayu bersama salju

Hari ini
Aku berdiri
Mengadap Mentari
Menanti sinar kembali

Hari ini
Kuluah pada bunga
Namun ia tak mengerti
Kucurah pada daun
biar diriku terus sendiri.

الخميس، 6 نوفمبر 2008

ARAB 2124

Akhirnya tiba juga peperiksaan untuk subjek yang mencetuskan terbinanya blog ini ; Computer Application in Language and Literature (ARAB 2124)...Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pensyarah kami yang berdedikasi Dr Mohd Feham bin Ghalib atas tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang semester ini...

Juga ingin saya ucapkan selamat maju jaya kepada rakan-rakan sekelas dan juga yang tak sekelas, semoga mudah menjawab, lapang dada, tenang jiwa ketika menjawab soalan final petang ini...

Akhir Kalam, semoga kita dapat memanfaatkan segala yang kita pelajari daripada subjek ini di dalam segenap bidang hidup kita sebagai hambaNya di muka bumi ini.

Sekian, ma'at tamniat bitTaufiq wanNajah fimtihanikum AnNihaa-ie...

الثلاثاء، 4 نوفمبر 2008

SOLAT JEMAAT, nilainya disisi masyrakat kita

Dewasa ini kita dapati ahli masyarakat kita sudah jauh daripada sifat berlumba-lumba menunaikaa tanggungjawab masyarakat. mereke lebih suka mementingkan diri sendiri. Ini jelas kelihatan terutamanya dalam urusan ukhrawi seperti solat jenazah, solat jemaah dan sebagainya.

Kita sedia maklum, hukum solat jemaah adalah fardhu kifayah, sehingga menyebabkan kita mengambil mudah dalam menunaikan tanggungjawab ini. Ramai yang berkata : "Cukuplah orang lain sahaja buat, aku tak payah". Ada juga yang berjenaka dengan berpantun ringkas "Fardu kifayah, orang buat aku tak payah". Namun demikian pendirian sebegini sebenarnya membawa kesan buruk yang amat mendalam terhadap perpaduan dan kekuatan umat Islam.

"Daripada Mas'ud r.a berkata : Rasulullah SAW pernah menyapu bahu2 kami semasa solat lalu bersabda : "Samakanlah barisan2 dan janganlah ada yang berselisih bahu(tidak sama) kerana perbuatan ini menyebabkan hati kamu semua berselisihan"..." {Hadis Riwayat Muslim}

Jelas daripada hadis di atas bahawa solat yang bengkang bengkok akan membawa perselisihan di daam masyarakat Islam. Inilah yang berlaku sakarang, kita dapati keadaan umat Islam sekarang amat menyedihkan, hidup dalam kehinaan, pecah belah, dan jauh dari rahmat Allah. Mereka bukan sahaja memutuskan atau membengkokkan Saf solat, bahkan mereka langsung tidak mewujudkan apa2 saf pun kerana mereka tidak menunaikan solat secara berjemaah.

Oleh itu, marilah kita sama2 berusaha mendirikan solat berjemaah dan menyeru sedaya mungkin rakan2 turut sama mengerjakannya. semoga bersatunya hati kita di atas dasar sebenar iaitu mencari keredaan ALlah. InshaALlah...

الاثنين، 3 نوفمبر 2008

Bila Yang Nyata Dibiar, Yang Tersembunyi Dicari

Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Beberapa hari lalu apabila saya membaca muka depan sebuah akhbar yang mendedahkan tangkapan khalwat ke atas individu tertentu yang dilakukan oleh jabatan agama dan disiarkan secara ‘promosi maruah’ oleh akhbar tertentu saya teringat kepada kenyataan saya pada peringkat awal saya menjadi mufti dua tahun lepas yang membantah tajassus atau mengintip.

Masa itu saya baru sahaja hendak dikenali oleh sesetengah masyarakat negara ini. Sesetengah pihak mengambil kesempatan untuk mengkritik saya dan menganggap itu pandangan yang ‘menghalalkan’ maksiat. Demikian segelintir kelompok manusia yang cepat menghukum tanpa berfikir dan menilai.

Hari ini saya hanya tinggal sebulan lagi berada atas jawatan mufti, isu khalwat kembali menjadi tajuk besar media. Saya sudah banyak kali mengulas, namun biarlah saya sentuh lagi sebagai tazkirah isu ini untuk kali yang akhir ketika masih memegang jawatan.

Dalam hadis Muslim, seorang lelaki datang kepada Nabi saw dan berkata:

“Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu.”

Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya:

“Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”.

Nabi saw tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi saw menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya)

“Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114).

Maka ada seorang bertanya:

“Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah?

Jawab Nabi saw:

“Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.

Demikianlah hadis ini menggambarkan Nabi SAW tidak mendedahkan keaiban orang lain selagi keburukan itu tidak dilakukan secara terang-terang. Juga, amalan soleh seperti solat boleh menghapuskan keburukan yang dilakukan. Ya, Islam memang mengharamkan zina dan maksiat seks. Namun, Islam juga mengharamkan mendedahkan aib orang lain yang bersifat peribadi dan tidak mengancam keselamatan awam dan empunya berusaha menutupinya.

TERUSKAN MEMBACA...

السبت، 1 نوفمبر 2008

pEsAn

Pesanku pada DIRI
tabahkan hati, kuatkan semangat
Pesanku pada HATI
kukuhkan iman, banyakkan zikruLlah
Pesanku pada NALURI
jangan mengeluh dan kecewa
Tiada daya dan rezeki melainkan daripada ALlah
...
tanpaMu...
Salam imtihan nihaaiii
bitTaufiq WanNajah...

sYaiR ImAM SYafIiE

aku baru habis paper "tarikh adab"...entah ape2 aku jawab tadi...hahaha...

sekarang pun takde idea nak tulis ape kat blog ni, jadi rasanya elok aku kongsi bersama beberapa bait syair daripada imam syafie yang tak masuk exam tadi...kui3 :

تَمُوتُ الأُسدُ في الْغاباتِ جُوعاً # وَلَحْمُ الضَّأْنٍ تأكلُهُ الكِلابُ
وَعَبْدٌ قَد ينامُ على حريرٍ # وذُو نَسَبٍ مفَارِشُهُ التُّرابُ

Singa di hutan mati kelaparan,
Daging kambing dimakan anjing,

Hamba abdi atas sutera kelenaan,
Orang berada bertilamkan tanah kering


Haa, jelas kan syair ni..pandai2 la korang tafsir sendiri...baris pertama tu mengajar kita jangan menjadi lemah sehingga merempat di bumi sendiri...bari ni rasanya ada persamaan dengan peribahasa melayu yang seakan-akan berbunyi : "Ayam dikepuk mati kelaparan, itik di kolam mati kehausan"...agaknya la...ye la, kan kambing tu makanan singa, dan kambing juga wujud di hutan, kenapa singa boleh mati, sedangkan maknannya dilahap anjing. dan anjing jika kita bandingkan dengan singa adalah lebih lemah...betul tak???, selepas ini ada bbrp syair yang membuat perumpamaan menggunakan singa dan anjing...teruskan membaca...
baris yang kedua pula cerita pasal kehidupan...kadang2 orang miskin leh tidur nyenyak kt hotel 5bintang tiap malam2...kan pernah kuar surat khabar tentang pengemis yang kaya raya kan???pastu kadang2 orang yang kelihatan kaya dan berada hidup diorang pun eh jadi susah...mugking beban hutang keliling pinggang ke, kene tip ngan amah ke..kene aniya ke...jatuh muflis ke...dan banyak lagi..jadi pikir2 lah sendiri...


قُلْ بِما شِئْتُمْ في مَسَبَّةِ عَرضي # فَسُكُوتي عَنِ اللئيم جواب
ما أنا عادم الجواب، ولكن # ما مِنَ الأسد أن تُجِيبَ الكِلابَ

"Cakaplah apa yang kamu mahu untuk maruahku dicerca ,
Diamku terhadap celaan tu sudah menjawab,

sedangkan bukan aku tak tau nak jawab apa,
kerana
tohmahan anjing tiadalah singa menjawab "

di zaman imam syafie dulu ramai yang tak suka pada beliau, maka byk la tohmahan dilontarkan kepada imam Syafie, tapi imam Syafie buat dek je, takde faedah pun kalau beliau menjawab tohmahan itu sebab bagai langit dan bumi taraf antara imam Syafie ngan orang yang menohmahnya itu...


مَنْ يَتَمَنَّ العمرَ فَلْيَدَّرِعْ # صَبْراً عَلى فَقْدِ أَحِبَّائِهِ
وَمَنْ يُعَمَّرْ يَلْقَ في نَفْسِهِ # مَا يَتَمَنَّاهُ لأَعْدَائِهِ
"Siapa yang mengimpikan umur yang panjang
bersedialah untuk sabar atas kehilangan (kematian) orang tersayang,
dan siapa yang dikurniakan umur yang panjang,
sesungguhnya dia dikurniakan apa yang
musuh-musuhnya impikan."

kalau seseorang tu berumur panjang sudah tentu dia akan bersedih kerana terpaksa berhadapan dengan kematian orang2 sekelilingnya seperti ahli keluarfa, kawan rapat, dan jiran tetangga...semua kenalannya dah mati meninggalkan dia, sedangkan dia ditinggalkan keseorangan kesedihan dan kesepian...