السبت، 8 نوفمبر 2008

UZUR Solat Jemaah#1

Sebagaimana yang kita ketahui, ulama’ berselisih pendapat tentang hukum solat berjemaah, antara sunat muakkadah, fardu kifayah, dan fardu ain. Sekalipun mengikut pendapat mazhab Syafie hukum solat berjemaah adalah fardu kifayah bagi lelaki yang baligh, merdeka, bermukim, namun ianya tidak boleh diabaikan melainkan jika ada keuzuran, berdasarkan hadis :

Daripada Ibn Abas r.a, beliau berkata : “Sesiapa yang mendengar seruan Azan, kemudian dia tidak pergi menunaikan solat secara berjemaah, maka tiada solat (yang sempurna) baginya melainkan dengan sebab keuzuran”.

(Hadis Marfu’, dikeluarkan oleh At-Tabrani, Ibnu Hibban, Ibnu Majah, Abu Daud, dan Hakim)

Menurut Imam An-Nawawi di dalam kitabnya “Minhaj el-Tolibin”, keuzuran yang diiktiraf terbahagi kepada dua bahagian :

PERTAMA : KEUZURAN UMUM.

1) HUJAN yang boleh membasahkan pakaian ataupun ANGIN yang kuat.

Drpd Nafi’ r.a katanya: pada suatu malam yang dingin dan berangin: Ibnu Umar r.a azan untuk solat lalu membaca : “ألا صلوا في الرحال” (Silakan solat di tempat masing2). Setelah selesai azan dia berkata ; dalam satu perjalanan dimalam yang dingin dan hujan, Rasulullah SAW memerintahkan supaya membaca didalam azan : “ألا صلوا في الرحال” (Silakan solat di tempat masing2).

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

2) JALAN ROSAK (seperti lecak, berlumpur, dan licin).

KEDUA : KEUZURAN KHUSUS.

1) Sakit.

2) Cuasa terlalu panas atau terlalu sejuk

3) Terlalu lapar dan dahaga yang nyata.

4) Takut dizalimi tubuh, maruah,dan harta.

5) Menahan diri daripada Hadas kecil

6) Mengelak diri dari ditahan pemiutang.

7) Megelak diri dari dikenakan hukuman.

8) Tiada pakaian yang sesuai.

9) Badan dan pakaian atau memakan makanan yang berbau busuk.

10) Bermusafir atau mengikut musafir harus.

11) Memelihara orang sakit ketika tiada orang lain yang menjaganya.

12) Menunggu salah seorang ahli keluarga yang nazak.

13) Berat tubuh badan kerana terlalu gemuk.

14) Menguruskan jenazah dan takut terlewat mengebumikannya.

15) Disakiti sama ada di jalan atau di masjid.

16) Baru bernikah.

17) Imam memanjangkan solat atau meninggalkan perkara-perkara sunat yang dimaksudkan.

18) buta dan tiada yang memimpinya.

19) lelaki yang sangat kacak (amrad).

20) terdapat kemungkaran di jalan atau di masjid.

21) Untuk mendapat keuntungan yang besar di dalam perniagaan.

22) Jauh dari tempat berjemaah.

WALLAHU AA’LAM…

InshaAllah, keuzuran khusus akan diterangkan secara terperinci pada siri akan datang.

0 التعليقات: