TIBA-TIBA aku berasa tidak bermaya sekali. Hidup terasa tiada erti. Semenjak semester lepas lagi aku dah hilang semangat nak study…selalu skip class tanpa rasa bersalah, lambat buat assingment (tapi submit still on time-cume hasil kurang memuaskan la), tak wat revision, discussion. Kuiz dan midterm pun tak prepare awal…senang cakap dah takde motivasi la. Bila aku imbau kembali masa aku 1st year dulu, alangkah cemerlangnya aku..bukan result examnya tapi attitude (haha, koya je..aku memang suka perasan). Aku tak pernah ponteng kelas kecuali betul2 sakit dapat MC.
Tubuh yang letih dan tidak bermaya tidak dapat membina semangat yang membara. Sedikit gerakan tubuh dapat memulihkkannya. Tidak perlu kepada senaman berat kerana ia hanya akan lebih meletihkan badan dan perlu diingatkan, tidak semua orang sesuai melakukan senaman berat atas faktor kesihatan dan fizikal. Selain itu senaman minda juga dapat membantu, antaranya dengan bermain computer game, atau lebih santai seperti membaca, merenung, dan juga muhasabah.
Senyuman boleh mengubah segala-galanya. Dalam mood yang tidak baik, memang agak sukar hendak melakukan ini, tapi ingat jika anda senyum pulangannya serupa.
* aku cuba senyum, walaupun...hmm,bila senyum, kurang sikit tekanan, lega rasa.
4) BERFIKIRAN POSITIF
Berfikiran positif dapat membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, melahirkan idea2 positif, dan tindakan2 yang positif. Tindakan2 ini selalunya membuahkan kejayaan yang cemerlang.
Runsing, serabut dll kadangkala disebabkan keletihan akibat kurang rehat. Berehatlah seenaknya dan jika perlu, tidur. Kita memang memerlukan TIDUR YANG BERKUALITI untuk mendapatkan kesegaran tubuh yang betul. Jika kita tidak mendapat tidur yang berkualiti, tubuh lesu, wajah kusam, dan minda terencat.
* ha, ni lagi betul, jadi sem ni aku akan memastikan aku cukup tidur supaya minda cerdas tubuh cergas. Tidur sebentar waktu tengahari terbukti secara saintifik memberi kesegaran di waktu petang, jadi amal2 kan la.
Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana2 biasa pun anda memerlukan seorang sahabat. Seorang sahabat adalah seseorang yang sudi berkongsi masalah anda serta sentiasa teguh di sisi anda dikala suka dan duka. Walaupun kadang2 sahabat kita tidak dapat memberi penyelesaian tetapi sekurang-kurangnya kita akan berasa lebih lega bila sudah meluahkannya.
7) CURAH DI ATAS KERTAS
Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala2nya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan ke sungai. Terasa lega?
* ni aku belum buat...takde sungai la. Parit ada la kat uia ni, tapi mencemarkan sistem perparitan uia pulak...
Jangan teragak2 untuk melakukan perubahan. Bulatkan hati, kuatkan tekad, dan oraklah langkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Kejayaan selalunya berkait rapat dengan kesungguhan. Kesungguhan pula bermula daripada hati yang bulat dan tekad yang padu.
Semuanya dalam hidup kita ada jangka hayatnya tersendiri. Hobi juga begitu. Apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran2 baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat apakah minat anda boleh tumbuh di sini. Begitu juga tidak salah memelihara hamster atau ikan hiasan, mana tahu ia boleh memberi ketenangan kepada diri anda.
Bertegas la dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu2 keputusan anda berpegang teguh pada keputusan itu. Apabila anda mengatakan pada diri sendiri untuk kembali ceria, bertegaslah untuk terus berkata begitu biarpun kadangkala perasaan anda seperti dibuai2 untuk mengatakan anda sedang bad mood sekarang.
Bertegas bukanlah bermakna tidak boleh memanjakan diri sendiri, sekadar seperti melayani diri seperti anda melayani tetamu. Pergilah ke tempat2 mewah dan berikan hadiah kepada diri sendiri.
Jika anda sendiri tidak selesa untuk menghormati diri anda, apakah wajar mengharap demikian daripada orang lain?
* betul tu. Kene bertegas. Jangan terlalu ikutkan perasaan, jangan selalu manjakan diri. Ianya hanya meletihkan diri, tanpa menghasilkan cetusan bernilai dan berkualiti.
sumber : MEMBINA JATIDIRI GEMILANG, Dr HM Tuah Iskandar, al-haj.
p/s : beberapa uslub tulisan telah diubah suai tanpa mengubah makna semantiknya.
2 التعليقات:
salam...
betul..adakalanya kita kena berubah tanpa menghiraukan pendapat dan kritikan orang lain.
oh, presiden ke? presiden kelab apa? seorang presiden bukanlah calang-calang orangnya.punyai tanggungjawab dalam memimpin sesebuah kelab.tapi jgn berputus asa.yakin pada diri utk lakukan yang lebih baik.
dear dari jauh...
opps, terdedah pulak. sekadar kuliyah based society...kuliyah ape lagi, faham2 je la...
tu la,mula2 tgk pres cam senang je, sekali dah jadi, pelbagai tekanan dirasai...tak sangka pula amat berat jadi pres ni.
tapi tu masa awal2 jadi pres memang kekok
sekarang dah dapat biasakan diri dan mengawal emosi, inshaALlah akn buat yang terbaik untuk club.
إرسال تعليق