الخميس، 1 أكتوبر 2009

petua awet muda

Dalam mengungkapkan sifat Allah terhadap kecantikan dan keindahan, nabi di akhir zaman, Muhammad s.w.t, bersabda, maksudnya: Sesungguhnya Allah itu Maha indah dan menyukai keindahan (Riwayat Muslim dan Tirmidzi).

``Untuk kekal muda dan menawan, tidak semestinya kita berbelanja beratus-ratus ringgit untuk membeli set alat kecantikkan.

Apa yang boleh kita lakukan ialah dengan hanya mengamalkan petua dan merujuk ayat-ayat yang terdapat pada al- Quran

Begitu juga untuk memperoleh kehidupan yang sempurna dan keluarga bahagia juga kita perlu merujuk kembali kepada al-Quran.

Antara petua awet muda ialah:

1 Amalkan memakan buah buahan sebelum makan nasi, bukan sesudah makan.

2. Elakkan tidur di waktu siang terutamanya selepas solat Asar.

3 Sentiasa mengukir senyuman kerana ia satu sedekah.

4 Amalkan solat sunat pada waktu tengah malam.

5 Memperbanyakkan bacaan al-Quran dan berzikir selepas solat.

6. Digalakkan makan buah kurma.

7. Makan nasi, jangan bersulamkan air

0 التعليقات: