الثلاثاء، 29 سبتمبر 2009

Andainya perempuan tahu

Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).


Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita.

Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita...

Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

Bila lelaki selalu berdalih dan cakap.."Emm..tengoklah dulu", "kalau tak keluar tak boleh ke?"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain atau perempuan itu diganggu lelaki lain secara langusung atau tidak.

Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini...(bace lah buku “men a from mars, women r from venus)


Betapa hebat pun lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita (aka: gatal)..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa...yang lain hanya kawan..:) (boleh caya ke?, percaya la)

Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja..(naluri semulajadi-tp elok tundukkan pandangan!)..Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang (bukankah itu ego?)

Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...

Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

~(*-^)~ y0u'll never walk alone... insyaallah

0 التعليقات: