الخميس، 30 أبريل 2009

waduh2

aku nak drop subjek sem3 sebab kak da nak add kan subjek practical...

aku pun login la add-drop tu, tapi tak leh masuk..aku bingung..

eh, apesal takleh pulak ni?

semak jadual, hari ni memang untuk level3..sampai 12 malam nanti...

aku dah naik level 4 ke?

untuk dapat kepastian bukak myiium, huhu, memang dah naik level4 la...camne la aku leh salah kira lak...

confident je masih level 3, smlm tgk result taknak cek sekali.....

pastu call ofis kak da, nak minta dia dropkan..tup2 yang angkat laki..

"kak da ada?" ..

"takde, dia EL hari ni"

"takde?..sape ganti dia?"

"takde sape ganti dia"

"hmm, sok dia ada tak?"

"sok cuti la dik, labour day"

"alamak, isnin la ada balik ea..,k la, thanks"

camane ni..senin dah start practical, nak jumpe kak da bile...

takpe2, adjustment period sampai rabu..nanti ahad leh drop sendiri, isnin call je kak da add kan practical"...


kalau taknak register practical tu leh tak..g je practical...hahaha

EL:emergency leave

الثلاثاء، 28 أبريل 2009

di suatu pagi yang nyaman selepas selesai menyiram pokok bunga..

"abah nak tebang la pokok payung ni, tgk ni byk daun kering dia, asik kene sapu je"

"alaa, tak yah la tebang pokok ni, pokok ni cantek, ni je pokok yang tinggal"

"haah, redup sikit, sekarang ni kan panas, kalau tebang lagi l panas laman kita"..mak menyokong..hehe

"abah tgk poko rmbutan tu. tinggal satu je, dulu ada byk pokok rambutan...depan ni ada satu...dua...tiga...empat..lima...kat sana..enam tu tujuh, kat bilik abah tu ada satu ..lapan, kat belakang ada satu..ha 9 semua...sekarang tinggal satu je pokok rambutan..tu pun kecik, tak produktif pulak tu..huhu"

aku ingat lagi pokok2 kesayangn aku..semua dah kene tebang..ada pokok rambutan tu sebaya nagn aku(menurut mak aku la)...

aku ingat lagi, masa kecik dulu, along ada wat rumah atas pokok rambutan tu, seronok main atas pkok rambutan, leh lepak2 la...

masa musim rambutan je, semua pokok berbuah ranum, senak perut makan..

pokok2 rambutan ni gak akan menjadi tempat tidur ayam2 kg...jadi kitorang amk lampu suluh, tangkap ayam malam2 ...sedap bedal.

byk kenangan kanak2 bersama pokok2 tu..sejak abah besarkan rumah semua pokok tu kene tebang, alasan, bayk daun kering...betul gak..dulu tiap2 minggu gotong royong nyapu daun kering, tapi best, ada la suasana kg..-sekarang pun masih kg lagi..hahaha..

الأحد، 26 أبريل 2009

bowling

selepas kekenyangan melantak di kfc...

"bah, kite nak g mane ni?"

"g main boling la, kata nak main boling tadi"

"abah nak main boling katne?kat parade je la,lalu sana"

"nak main boling pun kene la semayang dulu"

"hahaha, betul2"

tak pasan lak dah kul 4.30...malu, malu


الأحد، 19 أبريل 2009

f

yea yea..

balik kg..

sat lagi balik

singgah tempat kerja jap, tgk kawan ganti..

harap2 semua ok.

pagio tadi dah selesai sumbat barang sume dalam setor..
hihi

doakan kami selamt sampai ke kg..=)

الخميس، 16 أبريل 2009

"ko balik kampung bile?"

"dah habes exam?"

itu lah 2 soalan yang sering ditujahkan kepada aku pabila bertemu rakan2...

dan jawapan aku..

"habes exam 16hb(hari ni la)..tak tau lagi balik bile"

jawapan ni lah yang sering aku ulang setiap kali ditanya...

kenapa tak tau lagi balik bile? ada la hal nya...

aku ada tanggungjawab lain yang harus dilaksanakan..

kalau nak balik kene arrange awal2, bincang ngan yang lain..

aku dah biasa dgn kehidupan ini.

tadi paper terakhir...ARAB 4515

bermakna, dah 'merdeka'

sat lagi nak g um jap..before asar kene gerak balik gombak, ada hal...


الأربعاء، 15 أبريل 2009


apabila keluar notis ni :



semua student dan mula resah dan sibuk mengemas bilik masing2

apa yang aku suka pasal kemas bilik???

apabila dapat melonggokkan sampah dan mencampakkannya sesuka hati...

hahaha...ini lah kepuasan selepas mengemas...

kesian maksik cleaner kene angkut bahan terbuang ni...huhu, sori makcik...

apa lagi hasil selepas kemas bilik?


longgokan kertas terpakai untuk di recycle..
tapi nak hantar kat mane?..huhhu


الثلاثاء، 14 أبريل 2009

العيش

وما العيش إلا ميتة بعد ميتة #

وما السعادة والبهجة إلا استعاريا


فياليتني كالزهر صيف حياته #

فأفنى ولن أبقى شتائيا


ورغيف الخبز الأبيض أوسع #

من أحلامي كل نوم لياليا


لو التقينا صدفة على الطريق #

سألثمن الطريق تجدديا

wamal 'aisyu illa maitatan ba'da maitatin # wamas sa'aadatu wal bahjatu illas ti'aariyyan

fayaalaitanii kazzuhri soifun hayaatuhu # fa afnaa wa lan abqa syata-iyyan

wa roghiiful khubzil abyadhi awsa' # min ahlaami kulla naumin layaliyyan

lawil taqainaa sodfatan a'lat toriiqi # sa-al-thumannat toriiqo tajaddudiyyan

MAFHUMNYA :

Hidup ini hanyalah kematian sambung menyambung,

Kebahagiaan dan kegembiraan hanyalah sekadar pinjaman.


Kalaulah aku seperti bunga yang hidupnya semusim panas,

tentunya aku layu dan tidak kekal sebelum penderitaan musim panas.


Cebisan roti putih itu lebih luas,

daripada mimpi-mimpiku dalam tidurku setiap malam.


andainya ada peluang lagi kita bertemu di jalan itu,

pasti akan kukucup jalan itu buat kedua kalinya




Ps: syair (arab&melayu) ini dikarang sendiri...segala kecacatan tatabahasa, pemilihan kata, serta 'arudh dan qafiahnya, sori la ye, tq

الاثنين، 13 أبريل 2009

ops, silap


"saya nak bayar yuran, buku, cd semua belum dapat, brape?"

"oh, lum dapat buku ea, first time ke datang?"

"hai dik, dah lebih dua bulan akak study sini, dah lupe ke? kamu ni muda2 pun leh lupe"

"eh???, akak level berapa?"

"level 2 ni..."

"op, sori, silap buku, ni buku level 2, nama akak ?"

"suminah kasim (bukan nama sebenar)"

"jap ye...RM485"

duit dihulur..aku pun kira..

"satu..dua..eh, 250 je kak?"

"hai dik, kamu ni kenapa, ngah bercinta ke? nak kawen ea?..tu kan note 100.."

"eh, silap2, ingat 50 tadi..selalu student bayar guna duit 50, lama dah tak nampak duit seratus, tak perasan pulak..huhu"

akak tu sengih je...aku tulis resit dan bagi baki...

"ni 15 ringgit, kali ni konfem tak silap, hehe"

"haha, silap ni, g kawen cepat.."

terus meluru ke kelas..

...ada ke patut makcik tu suh aku kawen, aku ngah letih tadi, tak dpat fokus...

hmm, ok, esok petang paper ke 5-manahij l-bahth-ARAB 2999.




الأحد، 12 أبريل 2009

Jangan jauhi matahari

Kekurangan vitamin D punca jisim tulang warga kota menyusut dengan pantas.

MENDEDAHKAN kulit selama 10 minit kepada sinaran matahari pagi dapat menghasilkan vitamin D yang mencukupi.

“KITA mungkin menitikberatkan pengambilan kalsium namun seringkali kita terlupa akan kepentingan vitamin D dalam penjagaan kesihatan harian,” ulas Pakar Nutrisi dan Dietetik, Universiti Perubatan Antarabangsa Malaysia (IMU), Prof. Madya Dr. Winnie Chee.

Ujarnya, tanpa vitamin D, penyerapan kalsium dalam tubuh sukar dilakukan. Malah, dalam kes-kes ekstrem, ia akan mempercepatkan berlakunya penyusutan jisim dalam tulang atau dikenali sebagai osteoporosis.

Berdasarkan penyelidikan Winnie, tubuh rakyat Malaysia lazimnya tidak menghasilkan vitamin D yang mencukupi kerana mereka gemar menjauhkan diri daripada sinaran matahari.

Teks lengkap di kosmo 12 April

السبت، 11 أبريل 2009

suka + duka

tinggal 2 jam lagi nak exam (principle of teaching foreign language-ARAB 4425)...

tak de mood nak bace...

maka, apa yang saya buat???

dengar lagu sambil ikut nyanyi (wlau pun sumbang)..hahaha.

yang penting hepi.

nak tau lagu ape say dengar dah dekat 14 kali ulang ni?

tu lagu ke 2 dalam list sebelah ni..

sebelum cahaya..sungguh menenangkan.



semalam seronok,

sebab pakai baju baru...

sebab baju tu pemberian orang, dah lama siap jahit, cuma tak pakai2 lagi..

warna ungu, tapi agak besar sikit baju tu, tukang jahit tersilap ukur kot..huhu

cantek baju tu, tapi cepat renyuk..huhu,


dalam seronok semalam, terselit sedih..

sebab sapu tangan hilang...

ni kali kedua hilang.

hari tu hiang yang warna hijau,

sekarang yang biru pun hilang juga...

minta maaf byk2 pada yang memberi sapu tangan tu..

2-2 dah hilang...tak tau nak cakap pe.

mane la tercicir sapu tangan tu.

seblum masuk exam ada lagi. pas exam seluk saku, dah takde..

mane kau pergi???


lapo

bile exam, tiada selera..maka, apakah juadah piliha anda???

nasi putih + telur mata kerbau

susu coklat , fresh oren.

boleh la alas2 perut tengahari ni..

huhu, petang ni nak exam. paper ke 4, r u ready?...=)

الجمعة، 10 أبريل 2009

hilang selera? huu

bila ketikanya aku hilang/tiada selera makan?..nak makan, tapi makanan tak mau masuk mulut..kalau berjaya masuk mulut pun, susah sangat nak telan. huhu...

1. bila letih sangat.

- aku akan tidur je. tak larat nak makan.


2. bila tertekan.

- aku akan bersendirian, kurang bercakap, dan mendengar lagu2 pilihan.


3. bila ada masalah.

- aku tidur je. malas nak pk.


4. bila sedih.

- aku akan tiba2 membaca alquran..sungguh seronok bace alQuran ketika sedih.. agar sedih itu pergi. selain itu aku juga akan mendengar lagu sedih.
* tapi tak bermakna kalau aku ngah dgr lgu sedih aku sedang bersedih.


5. bila runsing.

- aku baca al-Quran jugak..haha, baru nak bace alquran..pastu tido.


6. hari di mana ada exam.

- kalau exam tak lepas lagi memang takde selera nak makan, kalau pukul3 ptg exam, pas exam lah jugak baru makan..


7. ketika berprogram sebagai komiti/fasi..

- kalau jadi peserta amat berselere..hehe


keadaan2 di atas akan menyebabkan aku tiada selera makan. jadi, kalau ada sape2 nak belanja aku(padahal takde duit) boleh la pelawa untuk belanja aku makan di waktu2 tersebut, confirm aku tolak..tapi boleh je tapau...hahaha.

selesai 3 paper

wakakaka....

baru habes exam intro to Sociology. takde la susah sangat soalan. apesal soalan sem ni semua senang? -berlagak giler-..hahaha, padahal nak sedapkan hati je. tapi memang terasa senang la soalan2 setakat 3paper ni. semua kurang mencabar.. walaubagaimanapun ini tidak bermakna aku dapat jawab semua dengan cemerlang-ye la tu-, hehehe.

pas habes exam tadi, ada 5 miscl. satu daripada ofis, 4 drpd izu. rupa2nya dirang nak minta aku ganti izu keje malam ni sebab...ada la sebabnya. simpati kepada mereka.aku tumpang berdukacita. semoga mereka diberi ketabahan dan keredhaan.. jadi aku ngan berat hati pun sedia la ganti, esok ada exam lagi. naseb baik petang.

oleh kerana hujan, maka ada alasan la nak datang lambat-jahat giler- hahaha. alah, ok la, aku pun kadang2 balik lambat, jadi boleh la adjust2 kat situ..hihihi.. aku pun penat, semalam ganti izu gak..tapi, dalam penat2 pun seronok, sebab dapat duit..lain kali minta aku ganti lagi eh...kah3...i luv money.

ok, nak teruskan study...doakan kami berjaya..

tata




الخميس، 9 أبريل 2009

personal view

KABINET 2009

1. 28 MENTERI, 40 TIMBALAN MENTERI

- kabinet 2008: 31 menteri, 37 timbalan menteri


2. 23 KEMENTERIAN + 4 MENTERI DI JPM

-kabinet 2008: 26 kementerian + 5 Menteri di JPM.

3 kementerian digabungkan jadi satu kementerian(kem penerangan+komunikasi+budaya) dan diwujudkan satu kementerian baru:KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU, DAN AIR...apa itu teknologi hijau???hehehe

3. 6 orang SENATOR baru dilantik : 4 menteri + 2 timb menteri.

- buat ape la susah2 lantik orang yang kalah pilihanraya @ bukan ahli perlimen ke jawatan senator bagi melayakkan menjadi menteri@ timb menteri???... ahli parlimen BN ada 140 orang tu tak layak & berkaliber ke jadi menteri/timb??? sungguh pelik.. nasib baik samy vellu tak dilantik juga, kalau tak, aiyo macha..

4. 10 WANITA menganggotai kabinet. 2 MENTERI + 8 TIMB MENTERI

- ok la, daripada 68 otrang tadi, 10 drpdnya wanita. ada peningkatan berbanding kabinet 2008 cume ada 8 wanita(2 menteri, 6 timb)

5.wakil INDIA HANYA 5 ORANG ( 3 MIC, 1 PPP, 1 GERAKAN) @ (1 MENTERI + 4 TIMBALAN MENTERI)

-kuang2..

6. TIADA MENTERI daripada PERLIS, KEDAH DAN MELAKA.

-huhuhu, memang padan pun, perlis n melaka tu bape kerat je la ahli parlimennya, perlis ada 3 je.)

7. 8 MENTERI LAMA DIGUGUR.

- Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Tan Sri Amirsham A Aziz, Datuk Azalina Othman, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Datuk Ong Ka Chuan, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, Datuk Shahrir Samad dan Datuk Seri Zulhasnan Rafique.

perkara yang TIDAK KURANG PELIK pada pandangan penulis:

1. apasal TPM pegang kementerian yang kurang 'kanan', seperti kem kewangan, pertahanan, pertanian asas tani, dan dalam negeri?...rasa kurang sesuai la muhyiddin jadi menteri pelajaran.huhu.

2. hishamuddin boleh ke pgg kem dalam negeri? terutama kene pgg polis. tak yakin je.huhu

3. zahid hamidi sebagai menteri pertahanan pun agak mengejutkan. huhu.

4. nape mukhriz yang kalah pemilihan umno dilantik jadi timb menteri? sedangkan khairi yang menang tak tersenarai langsung..nampak sgt la pengaruh tun M..memang lah khairi terpalit tuduhan rasuh, dan memang tak layak la jd menteri/timb.. ditambah lagi dengan tersenarainya timbalan khairi (timb ketua pemuda-razali ibrahim) sebagai timb menteri. pastinya khairi berasa amat malu dan terasa terpinggir..huhu, kasihan dia.

5. pelantikan 3 senator-koh, jamil khir, dan raja nong- tak sangka diorag dpt jd menteri. shahrizat seronok la kembali ke jawatan menteri ats tiket sebagai ketua pergerakan wanita umno-walaupun atas lantikan senator sebab kalah ngan nurul izzah dulu..kuang3.

ape2 pun, diucapkan tahniah kepada semua atas perlantikan ini. semoga mendokong amanah dan tanggungjawab ini sebaik mungkin.

SENARAI BARISAN KABINET BARU

KUALA LUMPUR 9 April - Berikut ialah senarai penuh barisan Kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi.

PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

JABATAN PERDANA MENTERI:

Menteri:

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)

2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)

3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)

4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong

2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim

3. Datuk S.K. Devamany

4. Ahmad Maslan

5. T. Murugiah

KEMENTERIAN KEWANGAN:

Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri:

1. Datuk Chor Chee Heung

2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin

KEMENTERIAN PELAJARAN:

Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Menteri:

1. Datuk Dr Wee Ka Siong

2. Dr. Mohd Puad Zarkashi

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:

Menteri: Datuk Ong Tee Keat

Timbalan Menteri:

1. Datuk Abdul Rahim Bakri

2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:

Menteri: Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN DALAM NEGERI:

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri:

1. Datuk Wira Abu Seman Yusop

2. Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:

Menteri: Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Timbalan Menteri:

1. Datuk Joseph Salang Gandum

2. Senator Heng Seai Kie

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

Menteri: Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan Menteri:

1. Datuk Hassan Malek

2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:

Menteri: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan Menteri:

1. Datuk Dr. Hou Kok Chung

2. Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Menteri: Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri:

1. Datuk Mukhriz Mahathir

2. Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:

Menteri: Datuk Dr. Maximus Ongkili

Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

Menteri: Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

KEMENTERIAN PELANCONGAN:

Menteri: Datuk Ng Yen Yen

Timbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

Menteri: Datuk Noh Omar

Timbalan Menteri:

1. Datuk Johari Baharum

2. Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERTAHANAN:

Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN KERJA RAYA:

Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN:

Menteri: Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:

Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri:

1. Datuk Razali Ibrahim

2. Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:

Menteri: Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan: Datuk Maznah Mazlan

KEMENTEIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Menteri: Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

Menteri: Datuk Kong Cho Ha

Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

Menteri: Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun

KEMENTERIAN LUAR:

Menteri: Datuk Anifah Aman

Timbalan Menteri:

1. A. Kohilan Pillay

2. Datuk Lee Chee Leong

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:

Menteri: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan Menteri: Datuk M. Saravanan

pelikku pdmu hp

perutusan kali ini dikhususkan kepada talipon bimbit atau lebih popular dgn nama hp@henset.

apa yang aku pelik@tak faham tentang hp.

aku akan rasa pelik apabila situasi di bawah berlaku :


1. suatu pagi yang hening, ali ke kelas. selepas kelas dia terlintas untuk mesej sepupunya, tetapi malangnya dia berkata kepada kawan di sebelahnya : "alamak, hp aku kong la pulak"...huhu

- aku sungguh pelik apabila seseorang keluar bilik/rumah dalam keadaan bateri hpnya tinggal nyawa2 ikan, atau lagi teruk kalau hp mati terus.


2. ketika sedang rancak berbual, tiba2 talian terputus...selpas 35 saat, dapat mesej bertulis:"sori, hp aku habes bateri"..huh, sakit hati tol...masa ni lah bateri dia kong..

- ada memberi alasan :"hp aku dah uzur, beteri takleh tahan lama"...hmm, kalau dah tau camto, pandai2 la alert keadaan bateri hp. sll2 la cas.


3. karim(bukan nama sebenar) memandu kereta ibunya dari kl ke putrajaya di tengah terik matahari. malang tak berbau kereta karim disondol Myvi. selepas 1min 56saat, toe trak sampai, tidak lama kemudian pomen dari bengkel mane ntah datang menawarkan untuk repair kerosakan kereta. karim kelamkabut tepon mak dia nak tanya kereta tu gune insuran mane?..tgh2 call hp dia habes bateri(perkara pelik pertama)..pastu dia gne hp kawan dia, nazim(bukan nama sebenar)..tgh2 cl, terputus-habes kredit-(perkara pelik kedua)..last2 minta gune hp aku..cam nak sepak je, dah tau nak kuar rumah pastikanlah hp tu bateri 'meyakinkan' dan kredit yang 'meyakinkan'

- ni lagi satu perkara pelik apabila orang takde kredit. alasan diberikan :"aku ni 'miskin'..miskin la sgt..


4. orang yang susah nak angkat call atau bals mesej...kalau korang dapat panggilan ketika korang ngah solat/mandi/ape2 sebab, sila la cl balik atau mesej:"ada pe cl td?"..

- tapi kalau korang sll dapat misscall / mesej yang memang tak perlu dibalas, maka abaikan saja.


5. orang yang tulis mesej syok sendiri je, dia ingat kite faham sgl jenis singkatan dia...sampai kite pulak terpaksa berijtihad mengagak perkataan yang dimaksudkan.

- mmg la msj byk ringkasan, tapi kalau boleh, cuba la gnekan singkatan yang أمن اللبس : tiada keraguan...cube la mudahkan urusan penerima mesej kite, agar mereka tidak migrain.


6. beli hp mahal2, macam2 function, gprs, internet, pda dll.

- tapi bukan gne semua pun. aktifkan gprs tapi bukan gne pun.."mahal la", katanya
,,lagi teruk kalau tak reti gne..hahaha, ..beli yang biasa sudah.


7. orang yang selalu tukar hp baru sedangkan hp lama masih ok-paling teruk pun ada la calar2 sikit.

-aiyoyo, buat ape la tukar2 hp, ngabes duit je..bukannya bergaya pun gne hp mahal2..kalau hilang tercicir @ kene kebas tak gigit jari??


8. orang yang ada 2/3/4/ lebih hp + no digi, clcm,mxs.

waduh2, pening kepala la ada 2 no atau lebih, nak kene top-up 2-2..lagi leceh kalau no lebih byk drpd hp..huhuhu, alsan mereka:"syg la no ni..byk memori"..hihi, ok la tu.


9. bila aku tanya 2 atau lebih soalan dalam mesej, tapi dibalas dengan menjawab satu soalan je...susah ke nak jawab semua??

- lagi sakit hati kalau aku tanya sesuatu, dia tanya aku semula pulak.dah la tak jawab soalan, ..sungguh bengkek..jawab je la.


hmm, byk lagi yang aku pelik ni, tapi cukup la sampai di sini...kalau korang tak pelik, tu korang punya suka la..

inikah revolusi atau hanya ilusi?.. bagaikan mimpi jdi realiti...social change..hahaha

Sedih, marah punca sakit jantung


GOLONGAN yang didorong semangat bekerja, kompetitif dan obses dengan ‘deadline’, kurang potensi mengalami penyakit jantung. – Gambar hiasan


UMUM mengetahui, emosi terbentuk di dalam otak manakala perasaan terbit dari dalam hati, atau sebenarnya organ dalaman iaitu jantung.

Namun begitu, bagaimana pula dengan emosi negatif? Apabila anda terlalu sedih atau marah sehingga 'sakit hati', adakah keadaan emosi tersebut benar-benar menyebabkan kesakitan pada jantung anda?

Bagi mengetahui kesan tersebut, dua kajian dijalankan baru-baru ini bagi menyokong teori bahawa apa yang difikirkan otak benar-benar mampu mencederakan jantung anda.

Kajian pertama terbitan Journal of the American College of Cardiology (JACC) mendapati, wanita yang menghidap simptom kemurungan menghadapi risiko lebih tinggi diserang penyakit jantung. Wanita yang disahkan murung secara klinikal pula dua kali ganda berkemungkinan meninggal dunia akibat jantung terhenti.

Para penyelidik menyimpulkan bahawa kemurungan mempunyai impak psikologi secara terus menerus terhadap jantung kerana ia terpaksa berfungsi lebih kuat apabila berdepan tekanan.

Kajian turut mendapati, wanita murung lebih cenderung merokok, mengalami tekanan darah yang tinggi dan menghidap diabetes.

Ubat anti murung yang digunakan oleh ramai pesakit wanita juga dikaitkan dengan masalah jantung dan kematian secara tiba-tiba terutama di kalangan remaja.

Satu lagi kajian pula mendapati, mood seseorang itu mempengaruhi tekanan ke atas jantung dan bukan sebaliknya.

Kertas kajian yang disediakan oleh penyelidik University College London pula menemui, lelaki yang mudah meradang dan panas baran besar kemungkinan diserang penyakit koronari berbanding mereka yang tidak bersikap demikian.

Kajian pertama menemui golongan yang didorong semangat bekerja, kompetitif dan obses dengan 'deadline', kurang potensi mengalami penyakit jantung.

Dalam kata lain, pekerja yang terlalu bercita-cita tinggi dan 'terlebih' rajin kurang risiko diserang sakit jantung berbanding golongan yang menyimpan dendam, marah dan menentang secara berselindung.

Kajian kedua menemui beberapa teori mengenai emosi marah yang diterjemahkan dalam bentuk serangan jantung fizikal. Ini kerana, golongan panas baran mengalami kesukaran tidur, kurang mengambil ubat, tabiat pemakanan teruk, tidak bersenam, kuat merokok dan lebih gemuk.

Golongan panas baran ini pada mulanya langsung tidak menghadapi risiko, tetapi akhirnya mengalami 19 peratus kemungkinan lebih tinggi diserang penyakit jantung koronari.

Kedua-dua kajian tersebut turut menemui stereotaip jantina iaitu, wanita 'sakit' jantung akibat menanggung kesedihan manakala lelaki 'sakit' jantung dengan kemarahan.

Walaupun begitu, dua kajian bersetuju bahawa lelaki dan wanita mengetahui punca penyakit jantung seperti diet salah, kurang bersenam dan sukar tidur.

Sehubungan itu, adalah penting lelaki atau wanita tidak membiarkan diri tenggelam dalam emosi kerana boleh merosakkan mental dan organ dalaman yang paling penting iaitu jantung.

Kawal pernafasan dari perut


EMOSI dapat dikawal jika seseorang bernafas dengan betul.


SEBAIK saja keluar dari bilik mesyuarat, kepala Zaril mula berserabut dengan pelbagai tugasan baru yang diberikan oleh ketuanya.

Nafas yang dihembus, tersekat-sekat, seolah-olah ada yang menekan dadanya tatkala melihat timbunan kerja di atas mejanya.

Zaril segera bangun lalu cuba mengatur semula pernafasan sambil menenangkan diri. Beberapa minit kemudian kepalanya yang terbeban terasa ringan.

“Tekanan kerja, persekitaran malah dalam keadaan biasa pun, ramai orang yang sering terlupa bagaimana perlunya bernafas dengan betul,” ujar seorang pakar pernafasan, Dominique Lonchant.

Jelasnya lagi, pengawalan pernafasan yang betul dapat memastikan pembukaan saluran udara yang sempurna serta kapasiti udara yang memasuki paru-paru adalah maksimum.

“Pengawalan pernafasan mempunyai empat bahagian utama iaitu di bahagian perut, tekak, sisi dada dan pernafasan secara keseluruhan,” katanya sambil menunjukkan cara yang betul menghembus dan menarik nafas menggunakan hidung.

Menurut Dominique, kebanyakan kita gemar ‘menelan’ nafas yang sekali gus menyebabkan banyak elemen negatif masuk ke dalam tubuh.


TEKNIK pengawalan pernafasan harus diketahui semua orang.


“Pernafasan yang perlahan juga membuatkan udara yang disedut tidak sampai ke paru-paru ketika proses menyedut dan menghembus

Kerana itu, Dominique menegaskan pengawalan pernafasan harus diketahui oleh semua orang, terutama dalam keadaan yang tertekan.

“Sebagai contoh, pernafasan yang dikawal melalui perut mampu membetulkan sistem pencernaan, buah pinggang, hati serta perjalanan darah,” katanya.

Di samping itu, pernafasan clavicular iaitu pernafasan yang memberi tekanan di bahagian bawah ketiak juga dibuktikan dapat mencegah kanser payu dara di kalangan wanita.

“Manakala pengawalan yang dilakukan menerusi tekak pula membantu memulihkan sistem jantung termasuk menguatkan organ tersebut,” kata Dominique yang berasal dari Perancis.

Cerita Dominique, pengalamannya mengajar beberapa orang penyanyi mengenai pernafasan yang betul telah banyak membantu mereka dalam sesuatu persembahan.

Bukan sekadar itu, bagi amalan biasa, aturan pernafasan yang betul juga dapat mengelakkan seseorang itu daripada perasaan malas terutamanya pada waktu pagi.

“Kadar oksigen yang kurang pada waktu pagi menyebabkan rasa kemalasan itu cukup tinggi dan menerusi senaman pernafasan ini, aliran darah serta oksigen akan lebih pantas bergerak,” katanya.

Jelas lelaki yang berpengalaman hampir 28 tahun mengajar teknik ini di seluruh dunia, penyakit seperti asma, gemuruh dan sesetengah alahan berpunca daripada cara bernafas yang salah.

Lebih daripada itu, emosi juga dapat dikawal dengan lebih baik sekiranya aturan pernafasan seseorang itu berada dalam keadaan sempurna.

“Sekiranya kita sukar untuk bernafas, tidak selesa dengan udara yang keluar masuk ke dalam tubuh, secara tidak langsung, ia turut mengganggu mood dan emosi. Ini akan membuatkan seseorang itu mudah marah, rasa tertekan dan bermacam lagi,” ujarnya

sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1228&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm.

الأربعاء، 8 أبريل 2009

Truth, Cry And Lie_Letto


A red rosy cheeks
A drop of tear to weep
Reminds me of you
A long side a sigh
A long side of cry

A soft summer rain,
a smile that hides a pain
Why should you be ashamed?
Cause in every life
A little rain must fall
And you are my friend
Charmingly sentimental brain

There’s a truth behind a cry
And there’s a cry behind a lie
On every words that come out strong
Just let them go and let’s get along

On every grudge and every fight
I miss you all day and night
Have you had your time off today?
To drink a cup of tea and smile away

Sometimes I wonder
Will i ever see you
Without all your game plan
When all you have is
Nothing but a pure bliss


I will wait that day
When you can find your way
Out of this maze of love
And you can laugh
To see cries and lies
Coz you know better than me
Only the truth will set you free

There’s a truth behind a cry
And there’s a cry behind a lie
On every thought that come out wrong
Just learn from it and please stay strong
On every grudge and every fight
I miss you all day and night
It’s not easy to understand
But you must hold on your stand
I know you know, you know I know


There’s a truth behind a cry
And there’s a cry behind a lie
There’s a hope on every fright
There’s a light on every night

Jenis-Jenis Air mata



Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
>10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang

tertawa dan menangis." (An-Najm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis,

serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata

telah mengalir di dunia ini. Sumber
nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi.

Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering

ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus.
Sepertilah sungai yang mengalir ke laut

tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu
di tampung banjirlah dunia ini.
 
Tangis tercela atau terpuji
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat

dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut

iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau

tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang

menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan

tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya

mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori

oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada

suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati.

Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar

dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata

dapat memadamkan lautan api neraka."
Air mata yang tiada di tuntut
>  Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita

bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
>  Janganlah menangis menonton filem/drama itu

kan cuma lakonan.
>  Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas

mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
>  Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan

mungkin kita kurang membuat persediaan.
>  Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan

sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
>  Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat

yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.
 
Dari itu..
>  Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua

buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian

yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa

bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar

untuk menerima hidayah dari Allah swt.

Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik

kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati

agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur
dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.


"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat

naungan Allah di hari qiamat"??seseorang yang

berzikir bersendirian lalu mengenang tentang

kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."
>  "Jika tubuh seseorang hamba gementar

kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah

dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

>Berkata Salman Al Faarisi r.a
>  Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
>  1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
>  2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat

malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
>  3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan

untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan
>  Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika

kematiannya & perhatikanlah 3 perkara :
>1) Apabila dahi nya berpeluh.
>2) Airmatanya berlinang.
>3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus..

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt

untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
 
1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,dan

4. dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada

Dzat yang Memiliki mu."

بلغوا عني ولو آية

sebelum cahaya_Letto


ku teringat hati
yang bertabur mimpi
ke mana kau pergi cinta

perjalanan sunyi
kau tempuh sendiri
kuatkanlah hati cinta

ingatkan kau kepada
embun pagi bersahaja
yang menemanimu
sebelum cahaya

ingatkan kau kepada
angin yang berhembus mesra
yang kan membelaimu cinta

kan kuatkan hati
yang berpegang janji
genggamlah tangan ku cinta

ku tak akan pergi
meninggalkan mu sendiri
temani hatimu cinta

الثلاثاء، 7 أبريل 2009

teruskan perjuangan

baru habes tgk los dan faun..


cerita yang menarik, kreatif, lain dr y lain..cume ada unsur komedi yang kurang molek bagi aku..bagi orang lain aku tak tau la.hmm, tak boleh ke wat komedi tak gune unsur tu. neway, keseluruhan cite ok la, layak diberi pujian..

aku datang ofis tadi, bawak 3 benda; buku sorf, buku res.method, dan external hardisk aku. tapi nampaknya external aku yang menang-tgk losdanfaun-,buku sorf ng research tenang di dalam beg..hahaha...sori buku. len kali aku baca kau ea...


hmm, baru sampai uia kul4 tadi. seronok balik rumah. dapat lupakan dan tinggalkan semua masalah, tekanan, penat kat uia.. dan seperti biasa terhibur ngan telatah mak ng abah, tidak lupa kak uda yang suka ulang arahan...hahaha. kat umah ada tiga orang tu je la, daripada 8 beradik, uda sorang je ada kat umah, tu pun rezeki dapat keje dekat ngan rumah-lebih 25km dri rumah-dapat la teman mak abah kat umah. yang lain di perantauan..hihi

.

tgh2 taip ni, telefon berdering. biasa la, bertanya keadaan ofis dan kelas semua berjalan lancar?ad payment? ada masalah? dll..pastu sempat lagi tanya:"you ada bukak internet tak? sape menang?" aku faham2 la dia tanya pasal PRK, bukan pasal bola..hehe..pantas aku jawab.."sekarang ni keputusan tak rasmi Pas menang kat bukit gantang, majoriti dekat 3000, kat bukit selambau pun pkr masih mendahului..kat batang air memang dah kompem bn menang"..."owh, jap lagi ada la keputusan rasmi tu, ok la fahmi, jumpe lagi.assalamualaikum"..waalaikumussalam.


menang juga nizar. bapak aku risau sgt dr semalam sampai pagi tadi.."agak2 nizar menang tak?" aku jawab, "secara logiknya nizar selayaknya menang..tapi kalau bn menang faham2 je la, hehehe."kat bukt selambau 50-50 je. tak letak harapan pun...kalau najib fikir dia bebaskan hndraf dari tahanan isa dapat mencuri hati pengundi kat bukit selambau, mungkin dia silap..mungkin la...


yang penting dah balik dari rumah ni, terasa tercas sedikit, lebih bersemangat nak study. masa ngah gosok baju nak balik tadi, abah datang, abah ada hal nak kuar jap, jadi salam, cium dan peluk dulu la,masa peluk abah cakap:"kalau nak minang anak dara orang nanti, bagitau abah". aku gelak je"ok!", pas abah kuar, mak masuk bilik gosok tersengih2 tanya, abah cakap ape tadi?.."tak de pun, abah ulang pesanan biasa je, memang la bagitau abah, takkan la nak g minang sendiri kot...pastu gelak2..hahaha.


ok, masa untuk balik. dah habes waktu keje...=)


oh ye, laporan ke kuala terengganu hari tu lum sempat post lagi..


selamat berfinal exam


"إن الامتحان يكرم المرء أو يهانه"



الجمعة، 3 أبريل 2009

yea

dah habes 2 paper. tinggal lagi 4.

exam jahili pagi tadi agak melegakan dan menenangkan jiwa...soalan lebih mudah berbanding sem lepas. mungkin sebab sem ni kene jawab semua soalan, jadi ustazah kurangkan lah sedikit kadar kepayahannya.. tq ustazah,=)

sempat juga aku mesej mak bagitau nak exam, 4minit sebelum exam start(8:56am)..hihihi. boleh terlupa pulak nak bagitau.

esok nak balik kg..bersukaria bersama keluarga..kalau dok uia pun bukan aku akan study, next paper lama lagi, baik aku lepak kat umah, leh tolong2 mak n abah..

pas jumaat tadi kuar singgah umah mak cik, pastu g lowyat, nak balik singgah pudu beli tiket. seb baik izu cakap awal minta ganti dia keje petang ni, kalau tak aku dah beli tiket balik malam ni gak..hehe,

takpe la, bagi peluang dia rehat pulak, lagipun sok dia ada exam... aku selalu minta dia ganti aku keje..=)

seperkara lagi, hari ni dalam sejarah, Malaysia dapat PM baru, ketika aku bertarung menjawab soalan jahili tadi, Najib selamat mengangkat sumpah sebagai PM Msia ke 6. aku tak nak komen ape2 la pasal ini..aku gemar memerhati je. dan menanti keputusan 3 PRK selasa depan...hihi.

وَكَائِنْ تَرَى مِنْ صَامْتٍ لَكَ مُعْجِبٌ
زِيَادَتُهُ أوْ نَقْصُهُ فِي التَّكَلُّمِ

لسانُ الفَتَى نِصْفٌ وَنِصْفٌ فُؤَادُهُ

فَلَمْ يَبْقَ إلاَّ صُوْرَة اللَحمِ والدَّمِ


الخميس، 2 أبريل 2009

all the best


hihi...



hahaha...campak dia dalam air!!!



okay, sambung bace jahili...

all the best kepada semua kawan2 yang amek jahili.

jangan tensen2 menjawab esok.

dan pesanan saya: keluar awal sok, cari exam venue...jgn sesat tak jumpe venue sudah..hehe
saya pun tak tau lagi Engin Exam Hall tu kat mane..huhu

selamat menjawab...=)

الأربعاء، 1 أبريل 2009

siap

dah siap assignment...

lega..

ingat leh siap satu malam, terlajak pulak sampai zuhor..

hihi

sekarang dah tenang nak bace untuk final..

bittaufiq wannajah.