الثلاثاء، 30 ديسمبر 2008

mOtiVasI DiRi

TIBA-TIBA aku berasa tidak bermaya sekali. Hidup terasa tiada erti. Semenjak semester lepas lagi aku dah hilang semangat nak study…selalu skip class tanpa rasa bersalah, lambat buat assingment (tapi submit still on time-cume hasil kurang memuaskan la), tak wat revision, discussion. Kuiz dan midterm pun tak prepare awal…senang cakap dah takde motivasi la. Bila aku imbau kembali masa aku 1st year dulu, alangkah cemerlangnya aku..bukan result examnya tapi attitude (haha, koya je..aku memang suka perasan). Aku tak pernah ponteng kelas kecuali betul2 sakit dapat MC.

Apa yang perlu aku lakukan?. TIBA-TIBA(*sekali lagi) aku terbaca karangan DR HM TUAH Iskandar, "10 CARA MEMBINA MOTIVASI DIRI". Beliau tulis : " sebelum mengambil langkah, duduk sejenak, tarik nafas panjang dan lepaskan sekali gus. Pejamkan mata, beri salam kapada diri dan katakan,"Hai, engkau djadikan bukan untuk berkeluh kesah."
Kemudian bangkit dan cuba lakukan perkara-perkara berikut:

1) IMEJ dan PERSEKITARAN

Cuba lakukan sedikit perubahan. Kalau selama kita tidak peduli tentang pakaian yang dipakai, cuba kali ini mempelbagaikan warna dan jenis pakaian. Dalam kata lain ubah penampilan dari segala aspek termasuk lah gaya jalan, gaya rambut, tema dan lain-lain. Selain itu kita juga boleh mengubah persekitaran. Seperti ubah kedudukan perabot di bilik dan hias sedikit agar kelihatan lebih ceria.

* tu sebab kopiah aku dah terbang. Aku sengaja je tukar penampilan, lantak la orang nak kecam aku ke, kritik ke, cakap aku menghadapi kecelaruan penampilan ke, ada aku kesah?..kalau dulu, aku selalu pakai baju melayu berkopiah putih, sekarang selalu pakai t-shirt je. ada orang cakap dah jadi pres dah tak pakai kopiah, tapi tidak, aku sengaja hendak mencari secebis ruang ketenangan. nanti agak2 dah stabil, aku pakai kopiah semula la.kah3.

2) SENAMAN RINGAN

Tubuh yang letih dan tidak bermaya tidak dapat membina semangat yang membara. Sedikit gerakan tubuh dapat memulihkkannya. Tidak perlu kepada senaman berat kerana ia hanya akan lebih meletihkan badan dan perlu diingatkan, tidak semua orang sesuai melakukan senaman berat atas faktor kesihatan dan fizikal. Selain itu senaman minda juga dapat membantu, antaranya dengan bermain computer game, atau lebih santai seperti membaca, merenung, dan juga muhasabah.

* kalau naik LRT aku merenung ke luar dan berfikir. Ada masa aku jalan kaki ke kuliyah. Tapi aku takkan main bola. Tak reti.ha3.

3) SENYUM

Senyuman boleh mengubah segala-galanya. Dalam mood yang tidak baik, memang agak sukar hendak melakukan ini, tapi ingat jika anda senyum pulangannya serupa.

* aku cuba senyum, walaupun...hmm,bila senyum, kurang sikit tekanan, lega rasa.

4) BERFIKIRAN POSITIF

Berfikiran positif dapat membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, melahirkan idea2 positif, dan tindakan2 yang positif. Tindakan2 ini selalunya membuahkan kejayaan yang cemerlang.

*Lagi satu jangan suka buruk sangka, wat serabut kepala je...kalau selalu berbaik sangka hati pun tenang dan senang.

5) TIDUR YANG CUKUP

Runsing, serabut dll kadangkala disebabkan keletihan akibat kurang rehat. Berehatlah seenaknya dan jika perlu, tidur. Kita memang memerlukan TIDUR YANG BERKUALITI untuk mendapatkan kesegaran tubuh yang betul. Jika kita tidak mendapat tidur yang berkualiti, tubuh lesu, wajah kusam, dan minda terencat.

* ha, ni lagi betul, jadi sem ni aku akan memastikan aku cukup tidur supaya minda cerdas tubuh cergas. Tidur sebentar waktu tengahari terbukti secara saintifik memberi kesegaran di waktu petang, jadi amal2 kan la.

6) LUAHKAN PADA SESEORANG

Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana2 biasa pun anda memerlukan seorang sahabat. Seorang sahabat adalah seseorang yang sudi berkongsi masalah anda serta sentiasa teguh di sisi anda dikala suka dan duka. Walaupun kadang2 sahabat kita tidak dapat memberi penyelesaian tetapi sekurang-kurangnya kita akan berasa lebih lega bila sudah meluahkannya.

* Ini pun aku dah buat. Ternyata berkesan. Ketika aku berasa kurang stabil aku akan luahkan kepada sahabat. Samada lisan atau sms. Terasa lega bila dah kongsi keserabutan di kepala ini. Ada yang memberi nasihat dan dorongan membuatkan aku kembali lega. Jika kita pendam seorang diri, tekanan akan bertambah. Seorang sahabat tidak akan berkira dan terasa terbeban dengan masalah kita. Mereka akan berasa kehadirannya bermakna dan dirinya dihargai bila kita sudi meluahkan masalah kita padanya. Bukan senang hendak berkongsi masalah kepada seseorang kecuali kepada orang yang betul2 kita rapat dan percayai. dan aku, tiada orang yang sudi berkongsi masalah dengan aku, mungkin aku bukan seorang sahabat yang baik...huhu

7) CURAH DI ATAS KERTAS

Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala2nya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan ke sungai. Terasa lega?

* ni aku belum buat...takde sungai la. Parit ada la kat uia ni, tapi mencemarkan sistem perparitan uia pulak...

8) BERSEDIA UNTUK BERUBAH

Jangan teragak2 untuk melakukan perubahan. Bulatkan hati, kuatkan tekad, dan oraklah langkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Kejayaan selalunya berkait rapat dengan kesungguhan. Kesungguhan pula bermula daripada hati yang bulat dan tekad yang padu.

9) CARI KEGEMARAN BARU

Semuanya dalam hidup kita ada jangka hayatnya tersendiri. Hobi juga begitu. Apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran2 baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat apakah minat anda boleh tumbuh di sini. Begitu juga tidak salah memelihara hamster atau ikan hiasan, mana tahu ia boleh memberi ketenangan kepada diri anda.

* aku takde hobi dan kegemaran. Jadi tak perlu la cari kegemaran baru.Tapi aku rasa kalau lapang aku suka tgk citer jepun n korea(sungguh membuang masa). Tapi aku dah jarang sangat tgk citer jepun korea sebab selalu sibuk. Byk lg muvie kat external hardisk aku yang aku tak tgk lg.hihi.

10) BERTEGAS

Bertegas la dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu2 keputusan anda berpegang teguh pada keputusan itu. Apabila anda mengatakan pada diri sendiri untuk kembali ceria, bertegaslah untuk terus berkata begitu biarpun kadangkala perasaan anda seperti dibuai2 untuk mengatakan anda sedang bad mood sekarang.
Bertegas bukanlah bermakna tidak boleh memanjakan diri sendiri, sekadar seperti melayani diri seperti anda melayani tetamu. Pergilah ke tempat2 mewah dan berikan hadiah kepada diri sendiri.
Jika anda sendiri tidak selesa untuk menghormati diri anda, apakah wajar mengharap demikian daripada orang lain?


* betul tu. Kene bertegas. Jangan terlalu ikutkan perasaan, jangan selalu manjakan diri. Ianya hanya meletihkan diri, tanpa menghasilkan cetusan bernilai dan berkualiti.


sumber : MEMBINA JATIDIRI GEMILANG, Dr HM Tuah Iskandar, al-haj.


p/s : beberapa uslub tulisan telah diubah suai tanpa mengubah makna semantiknya.


السبت، 27 ديسمبر 2008

Maal Hijrah 1430H

aku pun dah terkonfius mula2 tahun 1429 atau 1430..huhu, dah lama tak endahkan tahun hijrah...hoho...
dah lama tak update blog ni..sengaja je tak update.takde semangat , pemangkin atau rangsangan untuk update...lagipun tak tau nak tulis ape..takut merapu dan merepek je, takde pekdahnya..
si ZAr dah sound ni aku copy paste la entri di bawah ni (tak tau la aku copet mane benda ni dulu) sempena maal hijrah esok..kah3..selamat tahun baru semua...,

Hijrah kita
bukan hijrah naik unta,
mencari tempat selamat untuk menyembah Tuhan.
Tetapi hijrah kita hijrah hati
ubah sikap dan baiki diri...
Bukan tempat jadi halangan untuk besarkan Tuhan,
tapi hati yang belum tertempa untuk jinak
dan bermanja dengan Penciptanya.

Hijrah kita tanpa unta,
tanpa perlu berjalan di tengah panas membara,
tanpa perlu takut dikejar musuh durjana,
tapi... Hijrah dari alam gelap ke alam cahaya.
Alam leka ke alam jaga.
Dari fantasi ke alam realiti.
Inilah kehidupan yang sementara
sebelum kita hadir ke alam hakiki yang kekal abadi.

Hijrahlah kita dari sikap tidak baik
kepada sikap yang baik.
Kerana terlalu banyak sikap tak baik
yang kita masih jaga dengan baik.
Di pejabat...
suami/isteri orang pun kita buat macam suami/isteri sendiri
usik sana usik sini
dah tak rasa berdosa lagi
orang Kedah kata dah "mangli"
Sedangkan malaikat tetap tidak peduli
sentiasa mencatit segala amal diri
yang mulia atau keji...
dah tak ingat mati bila-bila boleh mari.
Hijrah ibarat berpindah ke rumah baru
Benda tak berguna jangan dibawa sama,
tinggalkan di tong sampah selayaknya.
Hanya yang baik-baik
dan yang berguna saja kita bawa.
Demikian penghijrahan diri yang sepatutnya.
sikap-sikap yang berserabut dan berdebu
buanglah jauh-jauh.
Suka merajuk, suka menunjuk, suka menyibuk,
suka menyampuk, suka mengamuk...
janganlah kita simpan lagi
perangai-perangai ini
macam memelihara barang antik
yang kita perasan cantik dan antik,
tapi orang lain rasa benci dan getik.
Mazmumah itu bagaikan penyakit kanser,
semakin dipendam semakin parah.
Kalau kita masih sayang
dan nak sehidup semati dengannya... apakan daya.
Tahun Baru Hijrah yang menjelma,
sambutlah dengan azam dan semangat baru...
dari yang tak baik berhijrahlah kepada yang baik.
Dari yang sudah baik, kepada yang lebih baik.
Minat mengumpul dan menyimpan sikap 'antik',
eloklah diganti dengan usaha memulihkan penyakit,
sebelum hijrah kita yang terakhir...
dari dunia yang fana' ini
ke Alam Baqa yang kekal abadi.
Waktu itu tiada "U-turn" untuk kita lagi!

الثلاثاء، 25 نوفمبر 2008

pAkU & mArAh

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah.

Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku."Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari,dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.

Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang ditembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi sepertisebelumnya.

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.

Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada.

Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.

Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita. Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda


(",)

dicopet daripada : http://max-2909.blog.friendster.com/

الاثنين، 24 نوفمبر 2008

bErKoRbAn

BERKORBAN DEMI CINTA CINTA yang tidak pernah berubah hingga ke akhir hayat adalah cita-cita setiap pasangan yang berkasih. Setiap ujian mampu diharungi dengan sabar. Begitu juga pembuktian cinta kepada Allah yang menagih pengorbanan hamba-Nya. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah Penguasa alam semesta.

Janji ini menjadi penawar di hati seorang hamba, reda meredah setiap ujian kehidupan atas nama qada dan qadar-Nya.

Firman Allah: Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.(Surah al-Baqarah, ayat
216)

Cinta kepada-Nya tidak pernah luntur dalam setiap keadaan, susah atau senang sentiasa setia dengan janji yang diikrarkan hingga kembali kepada-Nya.

Maka marilah kita hayatilah doa di bawah ini, semoga kita semua dikurniakan cinta yang sejati di dunia dan akhirat.

Ya Allah, sesungguhnya saya memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan saya kepada cinta-Mu.

Ya Allah apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang saya cintai maka jadikanlah ia kekuatan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa saja yang Engkau singkirkan daripada apa yang saya cintai maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau
cintai.

Ya Allah jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling kucintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah jadikan saya mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, rasul-Mu dan hamba-Mu yang salih. Ya Allah hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah saya bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai.

Ya Allah jadikanlah saya mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredaan-Mu(Hadis at-Tirmizi dalam Jami' al-Sahih, Rasulullah bersabda: Inilah antara doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud).

Sahabat sekalian ini dipetik dari keratan akhbar untuk tatapan bersama. Insya-allah..moga kita peroleh cinta sejati dunia & akhirat (",)

الأحد، 23 نوفمبر 2008

Bulan Kelahiran # 2

RAHSIA KELAHIRAN MENGIKUT BULAN ISLAM (HIJRI)


Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku.
Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi b*d*h jika tidak mendapat didikan yang sempurna,
walaupun begitu, jika dididik dengan baik,dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya.
Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.


Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya.lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu,
jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk
kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.


Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga.
Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.


Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya,
mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu.
Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.


Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang b*d*h atau bahaya.
Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.


Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru
maka dia mudah mengakuinya,tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah.
Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu,
kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.



Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai
yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu.
Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.


Sya'aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa
bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia
akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.


Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya.
Kehidupannya selalu selamat.


Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras.Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya,
oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu.Jika tidak kehidupannya
menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.


Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir,kerana sifat ini,
satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir,
perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil
yang yang memuaskan.


Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri.
Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana
dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal
kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.


waahua'alam..(^^,)

Bulan Kelahiran

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh
Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.

السبت، 22 نوفمبر 2008

kHuSyUk

BERJEMAAH DI MASJID TETAPI TIDAK KHUSYUK, ATAU SOLAT DI LUAR MASJID TETAPI KHUSYUK ?
Kadang2, ada teman yang berjenaka:"aku tak selesa la solat ramai2 berjemaah, tak leh khusyuk, banyak ganguan, kalau solat sorang2 lagi khusyuk". Sedangkan dia sengaja mencari alasan malas untuk berjemaah di surau atau masjid berdekatan. Persoalannya di sini, mana yang lebih perlu diutamakan, antara berjemaah di masjid tetapi tidak khusyuk @ solat bukan di masjid?.

Jawapannya mudah, solat berjemaah yang kurang khusyuk lebih utama daripada solat sendirian yang dikatakan khusyuk berdasarkan sepakat fuqaha mengatakan :

" إن الفرض أفضل من السنة"
"Sesungguhnya fardu itu lebih afdal daripada sunat"

Bukankah solat berjemaah itu hukumnya fardu kifayah, dan fardu kifayah itu juga sejenis daripada fardu?. Maka jelaslah bahawa solat berjemaah yag kurang khusyuk lebih afdal berbanding solat sendirian. Selain itu antara hikmah solat berjemaah adalah agar segala kelompongan atau kekurang solat ahli jemaah itu dapat ditampal dan ditampung dengan kelebihan solat ahli jemaah yang lain. jika solat sendirian, maka solatnya hanya bergantuung semata-mata pada solatnya itu.

والله أعلم

الجمعة، 21 نوفمبر 2008

keINDAHan


Pagi yang hening, emosi masih lagi tak mengizinkan mata menguak dan terkatup untuk terus terlena.
Bagaimana? Akhiran sudah, inilah yang dilakukan, menulis puisi..ada sahaja lah tangan ni buat ragam nak menulis jugak..tentang Dia? Siapa? Dia~


Aku terlena setiap hari
yang terasa panjang
sepanjang burung-burung sempat
menyanyi.

Aku terjaga setiap malam
yang terasa sedetik cuma
sebelum bulan purnama sempat
mengambang.



Pagi seakan gelap
dan bintang-bintang malam
seolah lenyap dari pandangan.

Wajah dan suaranya
mengisi mimpi-mimpiku dan
membuatku derita.
Barangkali aku terlalu menyintainya,
barangkali tidak.
Sealun puisi-puisi dan syi'ir-syi'ir cinta
yang pahitnya seperti jadam.

Semoga pemergianku dan
kematianku ini akan berakhirlah
sebuah kepedihan yang luar biasa..


(Moga ku terlena di bawah lembayungNya)

الخميس، 20 نوفمبر 2008

berJEmaAh di rUmAh

MANA LEBIH UTAMA : BERJEMAAH DI RUMAH ATAU SOLAT SENDIRIAN DI MASJID?

Peyusun kitab I'anah l-Tolibin mengatakan : "bila didapati solat berjemaah di rumah seseorang lelaki itu sahaja, sedangkan di masjid tiada, maka solat berjemaah di rumah itu afdal. Ini berdasarkan hadis :

"daripada Ubai bin Kaab r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda :...Sesungguuhnya solat seorang lelaki bersama seorang lelaki lain lebih besar pahalanya berbanding solatnya seorang diri, dan solatnya bersama dua orang lelaki lain adalah lebih besar pahalanya berbanding solatnya dengan seorang lelaki lain. Mana2 jemaah yang bilangan ahlinya lebih ramai, maka ia lebih disukai ALlah swt."
(HR Abu Daud dan Ahmad)

Hadis ni kita dah biasa dengar. yang bermaksud solat berjemaah itu afdal, tetapi antara solat berjemaah dan tempat didirikan solat itu mana yang afdal. maka di sini ada satu kaedah berbunyi :

"الفضيلة المتعلقة بنفس العبادة أفضل من الفضيلة المتعلقة بمكانها"

bermaksud : Fadilat(kelebihan) yang bergantung kepada ibadah itu sendiri lebih afdal (lebih utama) didahulukan berbanding fadilat yang bergantung kepada tempat ibadah itu didirikan


Walaubagaimanapun, sekiranya di masjid itu juga ada jemaah, tetapi hanya bilangan jemaahnya sahaja yang kurang berbanding jemaah di rumahnya, maka dalam hal ini ada perbezaan pendapat ulama mengenainya.

Menurut Al-Imam Al-Azra'ie dan ulama2 lain darinya, lebih afdal solat di rumah. Bagaimanapun, menurut Al-Imam Ibnu Hajar bahawa pendapat yang lebih kuat ialah sebaliknya (lebih afdal solat di masjid walaupun kurang bilangan jemaahnya). Ini adalah kerana maslahat tuntutannya di masjid lebih utama ber
banding maslahat kewujudannya di rumah, dan begitu juga, kerana syariat Islam lebih mengutamakan menghidupkan masjid.

والله أعلم

الأربعاء، 19 نوفمبر 2008

MuRAh rEZeKi


Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah.

Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki.

Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?" Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria.

Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh.

Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan sesuatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri.

Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

الثلاثاء، 18 نوفمبر 2008

hEpI bEsDaY

Alhamdulillah, akhirnya tamat juga saya menjalani kursus MClead anjuran S-DEV selama seminggu(12-18 Nov 08) di Kuala Lipis, Pahang. Kursus 2 dalam 1 ini (MCLEAD + BTN kepimpinan mahasisiwa) amat bermanfaat bagi diri saya(tak tau la peserta yang lain macam mana) walaupun pada awalnya rasa tak seronok kerana MClead kali ini diselitkan dengan pengisian daripada BTN. Saya pernah menghadiri kursus BTN (asas mahasiswa) di Besut Tganu, dan ia amat mendukacitakan(bagi saya). Sedangkan BTN kali ini lain sungguh pendekatannya walaupun matlamat tetap sama (menyuntik semangat patrotisme), tidak terlalu condong ke satu2 fahaman bahkan lebih neutral sekadar menyatakan kebenaran.

Antara perkara yang menarik perhatian saya adalah permasalahan solat jamak & Qasar. Sedia maklum jarak Kuala Lipis-KL membolehkan rukhsah, tetapi timbul persoalan kerana tempoh kami berkursus selama 7 hari (1 hari di UIA, 6hari di K.Lipis). Ada mengatakan : Tidak boleh dilaksanakan JamakQasar jika berniat/sudah tahu yang kita akan tinggal di suatu tempat lebih daripada 3 hari(Mazhab Syafi'e). Sedangkan kursus ini selama 4 hari (1 hari perjalanan pergi dan 1 hari perjalanan pulang tidak dikira dalam musafir). Saya tidak berani mengupas perkara ini kerana amat cetek ilmu pengetahuan saya. Oleh itu mana2 pihak yang sudi merungkai permasalan ini disokong dalil dan keterangan amat dialukan.

Seperkara lagi dalam kursus kali ini adalah saya menyambut ulangtahun kelahiran saya (17 Nov) di dalam hutan kerana aktiviti pada malam itu adalah kembara merentasi hutan. Seakan-akan Rahmat tuhan, hujan renyai2 turun pada malam itu tetapi semangat kami tidak luntur untuk menjayakan aktiviti ini. Perjalanan yang dijangka selesai paling lambat pun 2jam setengah mengambil masa 4jam 10 minit(kumpulan saya la. ada kump lagi lambat antara 5-6jam) kerana faktor jalan yang licin dan bilangan ahli satu kumpulan (20 orang) yang terlalu ramai. Kumpulan saya dilepaskan pada jam 1:40am dan tiba 5:50am. Pada mula kembara memang semangat membara dan seronok, tetapi apabila sudah masuk jam 5pagi sedangkan kami belum sampai lagi, betul2 membuatkan kami gelisah kerana subuh hampir tiba. Yang lebih kami risaukan adalah 3 kumpulan di belakang kami. pastinya mereka akan lebih lewat lagi. Dalam keadaan hutan yang gelap gelita (tanpa cahaya bulan), jalan yang licin(sebab hujan), mengendung beg yang berat dan barang2 amanah(surat, 3belon air, panji), akar kayu yang besar, pohon yang rebah menghadang jalan, duri tajam dan banyak lagi, bentuk muka bumi yang betul2 curam+licin menyukarkan lagi perjalanan kami. Walaubagaimanapun saya tetap seronok. Sekali saya terpaut pada dahan berduri yang amat bisa menjadikan saya fobia untuk memegang mana2 dahan. Rakan2 sering kali terduduk jatuh kerana licin, ada yang kerap tersadung akar atau tunggul kerana gelap, tidak kurang yang tulang kering berlaga pohon tumbang. Walaubagaimanapun pengalaman ini amat bermakna bagi saya kerana ia berlaku pada malam ulang tahun kelahiran saya. Dan yang paling best sekali pihak UIA buat BBQ pada malam esoknya. Terasa macam sambutan besday pulak..hehehe. Pengalaman yang penuh cabaran lagi rintangan ini pastinya menuntut kekuatan dari segi mental dan fizikal dan spiritual.

الاثنين، 10 نوفمبر 2008

Tomorrow can be too late




If you're mad with someone , and nobody's there to fix the situation... you fix it. Maybe today, that person still wants to be your friend. And if u don't, tomorrow can be too late .


If you're in love with somebody , but that person doesn't know... tell her/him. Maybe today, that person is also in love with you . And if you don't say it, tomorrow can be too late .


If you still love a person who you think has forgotten you... tell her/him. Maybe that person has always loved you. And if you don't tell her/him today , tomorrow can be too late.



If you need a hug of a friend... ask her/him for it. Maybe they need it more than you do. And if you don't ask for it today, tomorrow can be too late.


If you really have friends who you appreciate... tell them. Maybe they appreciate you as well. And if you don't and they leave or go far away today , tomorrow can be too late.








If you love your parents and never had the chance to show them... do it . And if you don't and they leave today, tomorrow can be too late.

الأحد، 9 نوفمبر 2008

KAWAN di akhir zaman

Kawan di akhir zaman....

Kawan di akhir zaman ini,
Payah untuk kita ketemui.
Yang benar-benar sibuk dengan urusan baiki diri nya.
Yang ada kini hanya Sibuk dengan urusan mengumpul dunia.
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya.

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu manfaat,
Yang sanggup bersusah dan penat dalam mengejar dan memahami ilmu manfaat.

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan.
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar.
Yang ada hanya
Yang berkroni untuk mendapat projek yang sedia ada.
Bersahabat untuk mendapat laba.

Kawan di akhir zaman ini
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri.
Yang menghidupkan ilmu yang ada.
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka.
Yang ada hanyalah yang suka berbincang dosa-dosa orang lain.
Yang menghidupkan sunnah barat.
Yang melupakan kehidupan akhirat.

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir.
Yang senantiasa merasai jelingan Izrail.
Menangis cemas mengenangkan saat kematian.
Merintih sayu mengenangkan persediaan.
Yang ada hanya
Yang panjang angan-angan.
Mengumpul dunia kerja seharian.
Seolah kematian itu sangat jauh.
Seperti alam barzakh itu tidak di tempuh....

Sabda rasul;
"Bersahabatlah dengan orang yang baik akhlaknya kerana kamu akan
dikenali melaluinya.."

السبت، 8 نوفمبر 2008

UZUR Solat Jemaah#1

Sebagaimana yang kita ketahui, ulama’ berselisih pendapat tentang hukum solat berjemaah, antara sunat muakkadah, fardu kifayah, dan fardu ain. Sekalipun mengikut pendapat mazhab Syafie hukum solat berjemaah adalah fardu kifayah bagi lelaki yang baligh, merdeka, bermukim, namun ianya tidak boleh diabaikan melainkan jika ada keuzuran, berdasarkan hadis :

Daripada Ibn Abas r.a, beliau berkata : “Sesiapa yang mendengar seruan Azan, kemudian dia tidak pergi menunaikan solat secara berjemaah, maka tiada solat (yang sempurna) baginya melainkan dengan sebab keuzuran”.

(Hadis Marfu’, dikeluarkan oleh At-Tabrani, Ibnu Hibban, Ibnu Majah, Abu Daud, dan Hakim)

Menurut Imam An-Nawawi di dalam kitabnya “Minhaj el-Tolibin”, keuzuran yang diiktiraf terbahagi kepada dua bahagian :

PERTAMA : KEUZURAN UMUM.

1) HUJAN yang boleh membasahkan pakaian ataupun ANGIN yang kuat.

Drpd Nafi’ r.a katanya: pada suatu malam yang dingin dan berangin: Ibnu Umar r.a azan untuk solat lalu membaca : “ألا صلوا في الرحال” (Silakan solat di tempat masing2). Setelah selesai azan dia berkata ; dalam satu perjalanan dimalam yang dingin dan hujan, Rasulullah SAW memerintahkan supaya membaca didalam azan : “ألا صلوا في الرحال” (Silakan solat di tempat masing2).

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

2) JALAN ROSAK (seperti lecak, berlumpur, dan licin).

KEDUA : KEUZURAN KHUSUS.

1) Sakit.

2) Cuasa terlalu panas atau terlalu sejuk

3) Terlalu lapar dan dahaga yang nyata.

4) Takut dizalimi tubuh, maruah,dan harta.

5) Menahan diri daripada Hadas kecil

6) Mengelak diri dari ditahan pemiutang.

7) Megelak diri dari dikenakan hukuman.

8) Tiada pakaian yang sesuai.

9) Badan dan pakaian atau memakan makanan yang berbau busuk.

10) Bermusafir atau mengikut musafir harus.

11) Memelihara orang sakit ketika tiada orang lain yang menjaganya.

12) Menunggu salah seorang ahli keluarga yang nazak.

13) Berat tubuh badan kerana terlalu gemuk.

14) Menguruskan jenazah dan takut terlewat mengebumikannya.

15) Disakiti sama ada di jalan atau di masjid.

16) Baru bernikah.

17) Imam memanjangkan solat atau meninggalkan perkara-perkara sunat yang dimaksudkan.

18) buta dan tiada yang memimpinya.

19) lelaki yang sangat kacak (amrad).

20) terdapat kemungkaran di jalan atau di masjid.

21) Untuk mendapat keuntungan yang besar di dalam perniagaan.

22) Jauh dari tempat berjemaah.

WALLAHU AA’LAM…

InshaAllah, keuzuran khusus akan diterangkan secara terperinci pada siri akan datang.

الجمعة، 7 نوفمبر 2008

sEmaLaM

Semalam
Aku berlari
Menggapai pelangi
Tidak kukecapi

Semalam
Ku harap belaian bayu
Namun ia terus berlalu
Kuhembus nafas sendu
Biar bayu bersama salju

Hari ini
Aku berdiri
Mengadap Mentari
Menanti sinar kembali

Hari ini
Kuluah pada bunga
Namun ia tak mengerti
Kucurah pada daun
biar diriku terus sendiri.

الخميس، 6 نوفمبر 2008

ARAB 2124

Akhirnya tiba juga peperiksaan untuk subjek yang mencetuskan terbinanya blog ini ; Computer Application in Language and Literature (ARAB 2124)...Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pensyarah kami yang berdedikasi Dr Mohd Feham bin Ghalib atas tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang semester ini...

Juga ingin saya ucapkan selamat maju jaya kepada rakan-rakan sekelas dan juga yang tak sekelas, semoga mudah menjawab, lapang dada, tenang jiwa ketika menjawab soalan final petang ini...

Akhir Kalam, semoga kita dapat memanfaatkan segala yang kita pelajari daripada subjek ini di dalam segenap bidang hidup kita sebagai hambaNya di muka bumi ini.

Sekian, ma'at tamniat bitTaufiq wanNajah fimtihanikum AnNihaa-ie...

الثلاثاء، 4 نوفمبر 2008

SOLAT JEMAAT, nilainya disisi masyrakat kita

Dewasa ini kita dapati ahli masyarakat kita sudah jauh daripada sifat berlumba-lumba menunaikaa tanggungjawab masyarakat. mereke lebih suka mementingkan diri sendiri. Ini jelas kelihatan terutamanya dalam urusan ukhrawi seperti solat jenazah, solat jemaah dan sebagainya.

Kita sedia maklum, hukum solat jemaah adalah fardhu kifayah, sehingga menyebabkan kita mengambil mudah dalam menunaikan tanggungjawab ini. Ramai yang berkata : "Cukuplah orang lain sahaja buat, aku tak payah". Ada juga yang berjenaka dengan berpantun ringkas "Fardu kifayah, orang buat aku tak payah". Namun demikian pendirian sebegini sebenarnya membawa kesan buruk yang amat mendalam terhadap perpaduan dan kekuatan umat Islam.

"Daripada Mas'ud r.a berkata : Rasulullah SAW pernah menyapu bahu2 kami semasa solat lalu bersabda : "Samakanlah barisan2 dan janganlah ada yang berselisih bahu(tidak sama) kerana perbuatan ini menyebabkan hati kamu semua berselisihan"..." {Hadis Riwayat Muslim}

Jelas daripada hadis di atas bahawa solat yang bengkang bengkok akan membawa perselisihan di daam masyarakat Islam. Inilah yang berlaku sakarang, kita dapati keadaan umat Islam sekarang amat menyedihkan, hidup dalam kehinaan, pecah belah, dan jauh dari rahmat Allah. Mereka bukan sahaja memutuskan atau membengkokkan Saf solat, bahkan mereka langsung tidak mewujudkan apa2 saf pun kerana mereka tidak menunaikan solat secara berjemaah.

Oleh itu, marilah kita sama2 berusaha mendirikan solat berjemaah dan menyeru sedaya mungkin rakan2 turut sama mengerjakannya. semoga bersatunya hati kita di atas dasar sebenar iaitu mencari keredaan ALlah. InshaALlah...

الاثنين، 3 نوفمبر 2008

Bila Yang Nyata Dibiar, Yang Tersembunyi Dicari

Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Beberapa hari lalu apabila saya membaca muka depan sebuah akhbar yang mendedahkan tangkapan khalwat ke atas individu tertentu yang dilakukan oleh jabatan agama dan disiarkan secara ‘promosi maruah’ oleh akhbar tertentu saya teringat kepada kenyataan saya pada peringkat awal saya menjadi mufti dua tahun lepas yang membantah tajassus atau mengintip.

Masa itu saya baru sahaja hendak dikenali oleh sesetengah masyarakat negara ini. Sesetengah pihak mengambil kesempatan untuk mengkritik saya dan menganggap itu pandangan yang ‘menghalalkan’ maksiat. Demikian segelintir kelompok manusia yang cepat menghukum tanpa berfikir dan menilai.

Hari ini saya hanya tinggal sebulan lagi berada atas jawatan mufti, isu khalwat kembali menjadi tajuk besar media. Saya sudah banyak kali mengulas, namun biarlah saya sentuh lagi sebagai tazkirah isu ini untuk kali yang akhir ketika masih memegang jawatan.

Dalam hadis Muslim, seorang lelaki datang kepada Nabi saw dan berkata:

“Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu.”

Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya:

“Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”.

Nabi saw tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi saw menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya)

“Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114).

Maka ada seorang bertanya:

“Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah?

Jawab Nabi saw:

“Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.

Demikianlah hadis ini menggambarkan Nabi SAW tidak mendedahkan keaiban orang lain selagi keburukan itu tidak dilakukan secara terang-terang. Juga, amalan soleh seperti solat boleh menghapuskan keburukan yang dilakukan. Ya, Islam memang mengharamkan zina dan maksiat seks. Namun, Islam juga mengharamkan mendedahkan aib orang lain yang bersifat peribadi dan tidak mengancam keselamatan awam dan empunya berusaha menutupinya.

TERUSKAN MEMBACA...

السبت، 1 نوفمبر 2008

pEsAn

Pesanku pada DIRI
tabahkan hati, kuatkan semangat
Pesanku pada HATI
kukuhkan iman, banyakkan zikruLlah
Pesanku pada NALURI
jangan mengeluh dan kecewa
Tiada daya dan rezeki melainkan daripada ALlah
...
tanpaMu...
Salam imtihan nihaaiii
bitTaufiq WanNajah...

sYaiR ImAM SYafIiE

aku baru habis paper "tarikh adab"...entah ape2 aku jawab tadi...hahaha...

sekarang pun takde idea nak tulis ape kat blog ni, jadi rasanya elok aku kongsi bersama beberapa bait syair daripada imam syafie yang tak masuk exam tadi...kui3 :

تَمُوتُ الأُسدُ في الْغاباتِ جُوعاً # وَلَحْمُ الضَّأْنٍ تأكلُهُ الكِلابُ
وَعَبْدٌ قَد ينامُ على حريرٍ # وذُو نَسَبٍ مفَارِشُهُ التُّرابُ

Singa di hutan mati kelaparan,
Daging kambing dimakan anjing,

Hamba abdi atas sutera kelenaan,
Orang berada bertilamkan tanah kering


Haa, jelas kan syair ni..pandai2 la korang tafsir sendiri...baris pertama tu mengajar kita jangan menjadi lemah sehingga merempat di bumi sendiri...bari ni rasanya ada persamaan dengan peribahasa melayu yang seakan-akan berbunyi : "Ayam dikepuk mati kelaparan, itik di kolam mati kehausan"...agaknya la...ye la, kan kambing tu makanan singa, dan kambing juga wujud di hutan, kenapa singa boleh mati, sedangkan maknannya dilahap anjing. dan anjing jika kita bandingkan dengan singa adalah lebih lemah...betul tak???, selepas ini ada bbrp syair yang membuat perumpamaan menggunakan singa dan anjing...teruskan membaca...
baris yang kedua pula cerita pasal kehidupan...kadang2 orang miskin leh tidur nyenyak kt hotel 5bintang tiap malam2...kan pernah kuar surat khabar tentang pengemis yang kaya raya kan???pastu kadang2 orang yang kelihatan kaya dan berada hidup diorang pun eh jadi susah...mugking beban hutang keliling pinggang ke, kene tip ngan amah ke..kene aniya ke...jatuh muflis ke...dan banyak lagi..jadi pikir2 lah sendiri...


قُلْ بِما شِئْتُمْ في مَسَبَّةِ عَرضي # فَسُكُوتي عَنِ اللئيم جواب
ما أنا عادم الجواب، ولكن # ما مِنَ الأسد أن تُجِيبَ الكِلابَ

"Cakaplah apa yang kamu mahu untuk maruahku dicerca ,
Diamku terhadap celaan tu sudah menjawab,

sedangkan bukan aku tak tau nak jawab apa,
kerana
tohmahan anjing tiadalah singa menjawab "

di zaman imam syafie dulu ramai yang tak suka pada beliau, maka byk la tohmahan dilontarkan kepada imam Syafie, tapi imam Syafie buat dek je, takde faedah pun kalau beliau menjawab tohmahan itu sebab bagai langit dan bumi taraf antara imam Syafie ngan orang yang menohmahnya itu...


مَنْ يَتَمَنَّ العمرَ فَلْيَدَّرِعْ # صَبْراً عَلى فَقْدِ أَحِبَّائِهِ
وَمَنْ يُعَمَّرْ يَلْقَ في نَفْسِهِ # مَا يَتَمَنَّاهُ لأَعْدَائِهِ
"Siapa yang mengimpikan umur yang panjang
bersedialah untuk sabar atas kehilangan (kematian) orang tersayang,
dan siapa yang dikurniakan umur yang panjang,
sesungguhnya dia dikurniakan apa yang
musuh-musuhnya impikan."

kalau seseorang tu berumur panjang sudah tentu dia akan bersedih kerana terpaksa berhadapan dengan kematian orang2 sekelilingnya seperti ahli keluarfa, kawan rapat, dan jiran tetangga...semua kenalannya dah mati meninggalkan dia, sedangkan dia ditinggalkan keseorangan kesedihan dan kesepian...

الأربعاء، 29 أكتوبر 2008

صحابة

dikau hadir dikala aku memerlukan seorang teman
dikau bawa secebis bahagia bila aku hampir berputus asa
kini kubersedia hadapi hari muka
kau bawa sinar cahaya di hariku yang gelita
dan dikau hadir tepati waktunya bawa tawa ceria
bila mana kau terima hidup ada suka dan duka
mendung takkan selamanya sinar mentari kan menjelang tiba
diKAU hAdiR...(dehearty)l
sahabat, kau sesungguhnya
temanku dikala suka dan lara
tika ku buntu, diselubungi sendu
kau tiupkan ketabahan untuk kuukir senyuman
...
dan aku terus menanti
saat manis akan berulang kembali
sAhaBaTku...(DeVoTeEs)l
...
untuk Aku dapat teman seperti lirik lagu di atas, aku mestilah menjadi sahabatseperti di atas...kalau tak,jadi la aku macam cerita semalam...huhuhuhu

BoSAn

...
semalam ...
ketika aku sedang memutar salah satu skru di ekzos motor yang hampir tertanggal, hpku berdering..."ooo, A call" bisik hatiku...sambil tangan kiri memutar skru tangan kanan memegang hp...kami pun berbual...A begitu rancak bercakap..aku dengarkan saje...aku tunggu peluang untuk memotong kata2 A. bila A berhenti jap, aku pun cakap : "ok la A, aku nak ngajar tuisyen ni, eh silap ngajar ngaji ni,ni kul 8.30 ni, k, sori ea", A yang agak kecewa berkata : "alaa, baru nak cerita ngan dia, lama dah tak borak, ok la", aku ucap "assalamualaikum, tapi tidak dijawab sebab hp dah diletak awal...mungkin A agak kecewa...aku pada waktu itu takde rasa bersalah langsung, lantas aku lupakan A, dan terus meluru ke rumah nak ngajar ngaji yang jaraknya dari surau aku berhenti solat isyak cuma kebih kurang 20 meter.
selepas sejam ngajar ngaji, aku berbual2 ngan tuan rumah...dihidang air teh secawan dan sepiring kuih raya (walaupun syawal terakhir smlm,hehe).lebih kurang setgh jam berbual aku pun minta diri balik.
Dalam perjalanan balik, tetiba aku terasa bosan yang amat sangat...sambil tgn kanan memegang handle motor yang bergerak perlahan, tangan kiri memesej B. "B kat mana?"...B balas ringkas "bilik", bisikku dalam hati, mungkin B penat kot...aku mesej lagi, "bosan la, tak tau nak g mana ni...ngah wat assignment ke?", saje tanya nak bagi galakan B buat assigment yang tak siap2 lagi walaupun aku tau dia bukan ngah buat assigment tu pun,hehehe. sedetik kemudian B pun balas, juga dalam mode yang ringkas dan seperti keletihan "tido, ngantok"...aku dah agak, mesti dia penat, baru balik dri keluar ngan kawan2..biar la dia penat,aku yang bosan ni ada orang kesah???, huhu...aku pun mengakhiri msj dgn "k, slmt tido", tanpa balasan...aku kecewa...
aku terus memacu motor ke uia. dah sampai uia, aku lepak kat OR, hampir pukul 1 pagi aku balik, aku masih dalam keadaan bosan dan sepi, tiada rangsangan untuk membaca buku, exam pun hari sabtu, lambat lagi...aku singgah cafe ali. aku yang dah 5 tahun menjauhi burger, tetiba terasa nak beli burger ayam special lak, dah kenapa???...sambil tunggu burger siap, aku mesej ngan C pulak, "taknak tido lagi ke? sok xm kul bpe?"(dengan harapan kalau tak tido lagi, boleh la aku datang bilik menghilangkan kesepian), C pun balas :"pkul 3, kau tak tido lagi ke?" aku balas : "orang kesepian susah nak tido", C balas pula : "orang yang sepi perlukn kasih sayang, kau carila teman,huhu"....aik, aku nak minta dia teman jap dia leh cadangkan cari teman lak, hampeh tol...aku mesej hampa (waktu ni aku dah ada depan bilik dia) :"teman jauh di trgganu, ok la, selamat malam,"...aku pun balik bilik, makan burger ngan roomate sambil nonton "prince of tennis"...hatiku masih sunyi. dalam pukul 2 aku pun berbaring, bersiap nak tido...mula la macam2 menerjah ke kotak fikiranku...aku baru teringat si A yang call aku, tapi aku hampakan dia sebab nak g ngaja ngaji...baru la aku rasa bersalah sangat buat dia hampa, sekarang aku pula yang khampaan dan kesepian sepanjang malam...dalam perasaan bersalah, aku terlena dalam buaian mimpi...
hari ni aku bangun tido, dah tak sepi lagi...=)...
kini, barulah aku sedar, kenapa kita sering menghargai sesuatu ketika dia dah tiada???(betul ke ni?, atau takde kaitan dengan cerita di atas???kah3..ape2 lah)
p/s:watak dalam kisah ni tak penting untuk didedahkan, sekadar keberlansungan cerita...hihihi...
dan beberapa kata ganti diri telah diubah bagi menjaga identiti..hehe